FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Atlet Tunaikan Tanggungjawab Masing-Masing


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa membacakan teks sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC). |FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 September 20th, 2016  |  11:12 AM  |   1204 views

BERAKAS

 

Isnin, 19 September. - Penganjuran Sukan Pantai merupakan salah satu program utama di dalam kalendar Olympic Council of Asia (OCA) dan sebagai ahli gabungan, ia menjadi tanggungjawab Negara Brunei Darussalam untuk menyertai sukan berprestij seperti ini secara berkontinjen.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) seterusnya bersabda mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet-atlet dari sukan Sepak Takraw yang telah dipilih dan adalah diharapkan bahawa mereka akan dapat mempertahankan kemenangan pingat emas yang pernah diraih semasa 4th Asian Beach Games 2014 di Phuket, Thailand.

 

Sungguhpun penyertaan negara pada kali ini sabda DYTM, hanya dalam satu acara sukan sahaja, iaitu Sepak Takraw, namun Duli Yang Teramat Mulia yakin bahawa atlet-atlet yang terpilih adalah yang terbaik dan matang serta berpengalaman dalam acara yang mereka sertai serta mempunyai semangat daya saing yang tinggi untuk mempertahankan prestasi kemenangan mereka.

 

DYTM juga menyeru kepada para atlet untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dan memberikan tumpuan yang serius semasa dalam pertandingan nanti.

 

''Apa yang utama ialah pasukan ini perlu fokus sebagai satu pasukan yang kukuh dan komited untuk menunjukkan yang terbaik. Ini adalah komitmen yang harus dipikul dan ditunaikan oleh para atlet untuk meraih kecemerlangan dan seterusnya mengharumkan nama negara,'' sabda DYTM lagi dan seterusnya mendoakan semoga para atlet yang akan mewakili negara ke 5th Asian Beach Games 2016 ini akan sentiasa sihat walafiat dan dalam peliharaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Terdahulu, sabda DYTM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di atas sokongan yang diberikan kepada Majlis Olimpik Kebangsaan NBD sekali gus membolehkan atlet-atlet kebangsaan menyertai 5th Asian Beach Games, dalam acara Sukan Sepak Takraw.

 

Sabda DYTM tersebut disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof pada Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Pantai Asia Ke-5, Da Nanag, Viet Nam 2016, yang diadakan di Bilik VIP, Tingkat 1, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan seterusnya diikuti dengan Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Chef de Mission Kontinjen NBD ke Sukan Pantai Asia Ke-5 (5th Asian Beach Games), Awang Kifli bin Haji Jaafar, yang kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 

Menerusi temu bual Pelita Brunei bersama Chef de Mission Kontinjen NBD, Awang Kifli menjelaskan, pada Sukan Pantai Asia Ke-5, 2016 kali ini, rombongan Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Chef de Mission sendiri, enam orang atlet, seorang pengurus, seorang jurulatih dan seorang ahli fisioterapi dan para atlet tersebut akan mengambil bahagian dalam acara sukan Sepak Takraw.

 

190916 KONTINJEN MASRI-7

CHEF de Mission Kontinjen NBD ke Sukan Pantai Asia Ke-5 (5th Asian Beach Games), Da Nang, Vietnam 2016, Awang Kifli bin Haji Jaafar semasa ditemu bual oleh wakil media tempatan.

 

Terang beliau lagi, Sukan Pantai Asia Ke-5 akan berlangsung pada 24 September hingga 3 Oktober 2016 di Da Nang, Viet Nam dan ini merupakan penyertaan negara kali kelima pada sukan tersebut, di mana penyertaan terakhir negara adalah pada tahun 2014 di Sukan Pantai Asia Ke-4, di Phuket Thailand dengan berjaya memperolehi pingat emas.

 

Oleh itu, adalah diharapkan kepada para atlet yang akan mewakili negara pada Sukan Pantai Asia kali ini akan dapat mengekalkan prestasi permainan mereka di sukan itu nanti melalui hubungan kerjasama berpasukan di antara pemain baharu dan pemain lama bagi sama-sama memantapkan lagi mutu permainan mereka nanti, selain itu, beliau juga berharap pada pasukan negara ini nanti akan dapat meraih sekali lagi pingat emas pada kejohanan sukan sepak takraw itu nanti.

 

Hadir sama pada majlis itu tadi, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemangku Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad serta ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan dan Penilaian Atlet.

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam dijangka akan bertolak ke Da Nang, Viet Nam pada 21 September ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19