FacebookInstagramTwitterContact

 

Caravan Up For Rent In London For £790 A Month - But It's In Someone's Garden           >>           Man Found Huge Stash Of Cash Hidden Inside Old Playstation Two Game           >>           Bruce Willis’ Wife Emma Heming Shares Rare New Video Of Actor After Aphasia Diagnosis           >>           Olivia Munn Gives Sweet Shout-Out To Mindy Kaling For "Invaluable" Mom Advice           >>           Why Rob Kardashian Didn't Attend Kourtney Kardashian And Travis Barker's Wedding In Italy           >>           Help Your Liver Detoxify: 4 Tips To Remove Toxins From The Body           >>           Prevent Age-Related Cataracts By Increasing Your Intake Of Vitamins And Carotenoids           >>           Pfizer Slashes Drug Prices For Poorest Nations, Expanding Access           >>           Tesla Quarantining Thousands Of Workers To Restore China Output           >>           James Webb Space Telescope Practices Tracking An Asteroid For The 1st Time           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Building Winning Teams | Masterclass with Dr Chito Salazar by Asia Inc Forum
May 26th, 2022 | 11:00 AM


Creativity and Innovation in Nursing by JPMC
May 27th, 2022 | 07:30 AM


Energy Week by Ministry of Energy and Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 (Brunei MYCE)
June 15th, 2022 | 09:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:33AM

Subuh

: 04:43AM

Syuruk

: 06:06AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:18PM

Asar

: 03:42PM

Maghrib

: 06:28PM

Isyak

: 07:43PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Sukan SEA : Pesilat Negara Raih Pingat Perak, Gangsa


 


 May 12th, 2022  |  11:05 AM  |   285 views

HANOI, VIET NAM

 

Kontinjen sukan Pencak Silat negara ke Sukan SEA Ke-31 di Viet Nam berjaya meraih dua pingat, iaitu satu pingat perak melalui acara Regu Wanita dan satu pingat gangsa melalui acara Tunggal Lelaki.

 

Pada kejohanan yang berlangsung di Dewan Sukan Bac Tu Liem itu, kontinjen negara bagi acara Regu Wanita beraksi dengan cemerlang pada pusingan separuh akhir semalam ketika bertemu Regu Wanita Malaysia dan berjaya melayakkan diri untuk beraksi di pusingan akhir, hari ini.

 

Pada pusingan akhir tersebut, Regu Wanita negara terpaksa akur di tangan Regu Wanita tuan rumah, Viet Nam dan mencatatkan kutipan pingat perak pertama negara melalui Kejohanan Pencak Silat berkenaan.

 

 

 

Regu Wanita dibarisi oleh pesilat-pesilat wanita negara, iaitu Anisah Najihah binti Abdullah; Norleyermah binti Haji Raya; dan Nur Wasiqah Aziemah binti Rosihan.

 

Sementara bagi acara Tunggal Lelaki, Muhd. Adi Saifullah bin Haji Muhd. Suhaimi tumpas di tangan pesilat tunggal lelaki dari Singapura walaupun berjaya mengalahkan pesilat tunggal lelaki dari Filipina, iaitu pemegang pingat emas Sukan SEA Ke-30, pada pusingan pertama.

 

 Ini menempatkan Muhd. Adi Saifullah berkongsi di tempat ketiga bersama atlet Tunggal Lelaki Malaysia setelah mereka gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir dalam acara Tunggal Lelaki berkenaan.

 

 Melalui acara Tunggal Wanita, tiada pingat diraih oleh wakil pesilat wanita negara, iaitu Anisah Najihah yang sebelum ini pernah memenangi gangsa pada edisi sebelumnya di Manila, Filipina, pada 2019.

 

Bagi acara sukan lain pula, kontinjen negara bagi sukan Wushu akan beraksi pada 13 Mei; sukan e-Sports pada 16 Mei; dan sukan Karate pada 18 Mei ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Petronas Contributes RM1 Million In Equipment For Homeward Programme

 2022-05-25 12:13:28

North Korea Fires Missiles Hours After Biden Leaves Asia

 2022-05-25 14:54:55

Pfizer Slashes Drug Prices For Poorest Nations, Expanding Access

 2022-05-25 15:42:47