Home > Sports
Syabas Adi Salihin!
May 15th, 2022 | 12:56 PM | 2777 views
HANOI, VIET NAM
Atlet Wushu Negara Brunei Darussalam, Mohd. Adi Salihin bin Roslan berjaya meraih pingat emas dalam acara Wushu Nanquan Lelaki, pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-31, hari ini.
Sementara itu, pingat perak diberikan kepada atlet Indonesia dan pingat gangsa dimiliki oleh atlet tuan rumah, Viet Nam.
Walaupun Mohd. Adi Salihin terlepas daripada mendapatkan pingat pada Sukan SEA Ke-31, dengan menduduki tempat keempat dalam acara Wushu Nandao Lelaki, kelmarin.
Pada acara Wushu Nandao Lelaki kelmarin, atlet Wushu negara itu mengumpul sebanyak 9.65 mata, tersasar sedikit daripada mendapatkan pingat gangsa yang dimenangi oleh Van Huu Nong dari Viet Nam dengan 9.67 mata.
Mohd. Adi Salihin juga merupakan pemenang pingat emas Nandao selepas kejayaannya pada edisi sebelumnya di Manila.
Walau bagaimanapun, beliau bangkit pada hari ini dan berjaya menewaskan Harris Horatius dari Indonesia dan Huu Nong Van dari Viet Nam dengan memperoleh 9.71 mata.
Bagi acara Wushu lain pula, kontinjen negara gagal untuk berada di podium kerana tersasar sedikit oleh kontinjen lawan walaupun sudah berusaha dengan gigih, tetapi nasib tidak menyebelahi.
Kontinjen negara, seterusnya akan beraksi di Sukan e-Sports, yang akan berlangsung pada 16 Mei dan Sukan Karate, pada 18 Mei ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]