FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anak-Anak Mesti Mengetahui Bahaya Penyalahgunaan Dadah


TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Ali hadir selaku tetamu kehormat. |FOTO: PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 September 21st, 2016  |  10:19 AM  |   1609 views

TUTONG

 

Selasa, 20 September. - Jabatan Penerangan, melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menganjurkan Program Awasi Anak Kitani pada yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Bukit Beruang, di sini.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Pegawai Luar Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar selaku Timbalan Pengerusi Program Awasi Anak Kitani bagi Mukim Telisai.

 

Dalam ucapannya, beliau antara lain menjelaskan, program berkenaan adalah salah satu aktiviti tahunan Jabatan Penerangan yang dirancang untuk diadakan di mukim-mukim seluruh negara bagi memberi kefahaman kepada masyarakat, terutamanya para ibu bapa atau penjaga dan belia-belia tentang keburukan gejala penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

 

200916 FILA2 PAAK

PEGAWAI Narkotik, BKN, Dayang Hajah Norhayani binti Abdullah semasa menyampaikan taklimat.

 

Seperti yang dimaklumi bersama katanya, BKN diberi mandat bagi pembanterasan apa juga aktiviti berkaitan dengan dadah, seperti pengedaran, penjualan dan memakan dadah, tetapi atas dasar tanggungjawab bersama seperti ini, telah memberikan inspirasi kepada Jabatan Penerangan untuk sama-sama turun padang, bagi membantu kerajaan dalam membanteras gejala yang dipandang serius dan kesannya kepada negara.

 

Di samping itu beliau juga menjelaskan program diharap akan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan ibu bapa atau penjaga tentang pentingnya mengawal dan mencegah anak-anak masing-masing daripada terpengaruh, apatah lagi terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat, dan dalam waktu yang sama, memberi maklumat tentang keburukan dadah dan sekali gus mengajar serta membantu mereka menghadapi anak-anak yang terjerumus ke dalam aktiviti yang membimbangkan.

 

Program berkenaan juga diisikan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Narkotik, BKN, Dayang Hajah Norhayani binti Abdullah.

 

200916 FILA4 PAAK

 

TIMBALAN Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji  Ali semasa melawat pameran dari BKN.

 

200916 FILA5 PAAK

 

Taklimat tersebut adalah mengenai maklumat tentang keburukan dadah yang mana gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita yang semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Ali.

 

Juga hadir, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam; Penolong Pengarah BKN, Pengiran Hajah Masnah binti Pengiran Haji Damit; Ketua Kampung Bukit Beruang dan Pemangku Ketua Kampung Danau.

 

200916 FILA6 PAAK

TIMBALAN Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji  Ali semasa melawat pameran dari BKN.

 

Pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi membanteras aktiviti yang boleh melemahkan negara ini apatah lagi jika yang melakukannya para belia yang seharusnya menjadi aset negara.

 

Taklimat tersebut juga sekali gus mengongsikan maklumat dalam menghadapi anak-anak yang telah terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat ini.

 

Sesi soal jawab juga dijalankan selepas taklimat bagi menguatkan lagi kefahaman para jemputan yang menghadiri program tersebut.

 

200916 FILA7 PAAK

TIMBALAN Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji  Ali semasa melawat pameran dari Jabatan Penerangan.

 

Para jemputan juga berpeluang untuk menyaksikan pameran dan mengikuti kuiz yang disediakan oleh Jabatan Penerangan dan BKN.

 

Program ini diwujudkan bagi menambah dan meningkatkan lagi kesedaran ibu bapa tentang pencegahan dan mengawal anak masing-masing daripada penyalahgunaan dadah.

 

Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk mengawasi anak masing-masing agar tidak terjerumus dengan perangkap dadah.

 

200916 FILA8 PAAK

SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang hadir menyaksikan pameran dari Jabatan Penerangan.

 

Sehubungan dengan itu, sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang ikut bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak bangsa agar bergerak sihat dan cergas untuk membangun negara serta dapat membuka minda dan menambah pengetahuan ibu bapa serta para belia untuk menjauhi penggunaan dadah.

 

Pelita Brunei semasa mewawancara Dayang Nurhidayatul Aqilah binti Hajah Gulihana, 22, yang berada semasa program diadakan, menjelaskan program berkenaan sangat berguna kerana dapat meluaskan pengetahuan mengenai bahaya dadah.

 

Menerusi program seperti ini katanya orang ramai dapat menimba maklumat yang berguna terutama sekali mereka yang bergelar para ibu bapa atau penjaga.

 

200916 FILA9 PAAK

TIMBALAN Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji  Ali bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan BKN dan Jabatan Penerangan yang terlibat dalam Program Awasi Anak Kitani.

 

Selain itu katanya, program ini juga dapat meningkatkan kesedaran para ibu bapa dan penjaga dalam memata-matai anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam gejala yang negatif seperti dadah.

 

Sementara itu, Dayang Nurhafizah Tul Akmah binti Johari, 24, dan Dayangku Ayatul Fairuz binti Pengiran Haji Abdul Rahman, 24, pula menjelaskan, dengan adanya usaha seperti ini, ianya sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran dan memberikan pengetahuan yang berguna kepada masyarakat kita.

 

200916 FILA3 PAAK

SEBAHAGIAN daripada yang hadir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17