FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Islam Mencakupi Semua Aspek Kemakmuran Kehidupan


MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu Ke-VI di Dewan Auditorium UNISSA. |FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 September 21st, 2016  |  10:23 AM  |   1077 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 20 September. - Kemakmuran yang dianjurkan oleh Islam mencakupi keharmonian, kedamaian, perpaduan, toleransi, dan pembangunan dalam semua aspek kehidupan seperti mana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Al-Quran Al-Karim dan dipraktikkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang demikian ia perlu difahami, dihayati dan diamalkan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.

 

Menurut Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad, kemakmuran mula dikecapi oleh masyarakat di Alam Melayu setelah kedatangan Islam yang dapat dilihat dalam semua aspek kehidupan, walau bagaimanapun, penjejahan telah menyebabkan kemunduran dan perpecahan dan keadaan ini telah mencetuskan keperluan mendesak untuk mengembalikan kemakmuran menurut ajaran Islam mengikut aliran Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam UNISSA menjelaskan perkara itu pada Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu Ke-VI, Tahun 2016 (ICON IMAD VI 2016) anjuran UNISSA yang berlangsung di Auditorium universiti berkenaan, di Gadong hari ini.

 

"Oleh demikian, ICON IMAD VI ini dianjurkan sebagai landasan bagi mengetengahkan konsep kemakmuran Islam untuk diamalkan di Alam Melayu. Aspek kemakmuran akan dikupas dan dibincangkan dari pelbagai perspektif, antaranya dari perspektif Al-Quran Al-Karim dan Al-Sunnah, akidah dan dakwah, syariat dan undang-undang Islam, sejarah dan tamadun Islam," jelas Dr. Siti Sara.

 

Seminar ICON IMAD VI, katanya, merupakan seminar kolaborasi antara empat negara menerusi empat institusi pengajian tinggi iaitu UNISSA mewakili Negara Brunei Darussalam; Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati mewakili Indonesia; Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mewakili Malaysia; dan Kolej Pengajian Islam Universiti Prince Songkla, Pattani mewakili Thailand.

 

"ICON IMAD VI merupakan rentetan daripada ICON IMAD I (2011) di Bandung, ICON IMAD II (2012) di Universiti Malaya, ICON IMAD III (2013) di Bandung, ICON IMAD IV (2014) di Universiti Malaya; dan ICON IMAD V (2015) di Universiti Prince Songkla. Manakala, UNISSA mula berkolaborasi dalam penganjuran bersama seminar ini pada tahun 2015, dan Alhamdulillah pada tahun ini penganjuran Seminar ICON IMAD VI dapat dilaksanakan di NBD," ujarnya.

 

Seminar yang bertemakan 'Islam Pemangkin Kemakmuran di Alam Melayu' ini tambahnya lagi, bertujuan menonjolkan peranan Islam sebagai pemangkin kemakmuran sejagat sesuai dengan misi Islam Rahmatan Lil 'Alamin.

 

200916 AMP UNISSA3

SEBAHAGIAN daripada  peserta yang mengikuti persidangan tersebut.

 

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan seminar berkenaan dan seterusnya menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Islam Pemangkin Kemakmuran di Alam Melayu' pada majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Seminar kali ini telah berjaya menarik minat para sarjana dan penyelidik di rantau ini dengan menyaksikan lebih 60 buah kertas kerja yang telah diterima oleh pihak penganjur untuk dikongsikan selama dua hari seminar ini berlangsung mulai hari ini hingga esok.

 

Selain daripada itu, seminar berkenaan juga turut dihadiri oleh ramai pembentang dan para peserta daripada pelbagai agensi termasuk kerajaan dan bukan kerajaan, persatuan dan juga dari kalangan para siswa dan siswi institusi pengajian tinggi.

 

Para pembentang seminar juga datang dari pelbagai negara antaranya dari UIN Sunan Gunung Djati Indonesia, Universiti Melaya, Universiti Prince Songkla, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UTM Melaka, UIN Sharif Hidayatullah, STAI Hidayah Bogor, Universitas Ibn Khaldun Bogor, Universitas Pendidikan Indonesia, Universitas Jakarta, Institut Pengajian Islam Pontianak Kalimantan, Universiti Abu Dhabi, Mindanao State University Republik Filipina, Darul Huda Islamic University India dan juga penyertaan dari UNISSA dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Negara Brunei Darussalam.

 

Manakala, pada hari kedua seminar akan diadakan sesi forum bertajuk 'Kemakmuran Negara Pemangkin Kesejahteraan Ummah di Alam Melayu', di mana para panel adalah terdiri daripada wakil-wakil dari lima universiti iaitu UNISSA, UIN Sunan Gunung Djati, Universiti Malaya, Universiti Prince Songkla dan Mindanao State University.

 

Adalah diharapkan menerusi seminar tersebut akan dapat memberikan resolusi berguna sebagai penggerak kepada merealisasikan kemakmuran yang sesungguhnya menjadi agenda utama dalam ajaran Islam.

 

Hadir sama pada perasmian seminar berkenaan ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Sertia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Profesor Madya Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad serta Ketua-ketua Delegasi Penganjur Bersama Seminar ICON IMAD VI dari Republik Indonesia, Malaysia dan Thailand.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19