FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Islam Pembawa Kemakmuran di Alam Melayu


MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu Ke-VI. |FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 September 21st, 2016  |  10:27 AM  |   1219 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 20 September. - Tidak diragukan lagi Islam adalah pembawa perubahan berupa kemakmuran di Alam Melayu, malah Islam pemangkin global, menyinari seluruh alam, di mana rantau Alam Melayu adalah sebahagian daripadanya.

 

Kerana Islamlah, Alam Melayu, berjaya tampil sebagai sebuah tamadun yang gilang-gemilang dan kerana Islamlah, umat Melayu berjaya membina pemerintahan, melaksanakan undang-undang, menyebarkan pendidikan dan merancakkan ekonomi.

 

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menjelaskan demikian ketika menyampaikan ucaptama selaku tetamu kehormat majlis pada Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu Ke-VI iaitu sebuah seminar kolaborasi anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam, Universiti Malaya (Malaysia), Universiti Prince Songkla (Thailand), Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati (Indonesia).

 

Yang Berhormat berkata, tamadun Melayu tumbuh dalam lingkungan sebuah wilayah yang luas di Asia Tenggara, yang dikenali dengan pelbagai nama, seperti gugusan kepulauan Melayu, atau gugusan kepulauan Melayu-Indonesia, atau Nusantara, atau Alam Melayu dan Tanah Jawi.

 

Istilah 'Melayu', tegasnya, mempunyai maksud tersendiri, di mana sesetengah pengkaji, katanya, memberikan dua makna iaitu pertama membawa makna rumpun bangsa (bangsa Melayu) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mereka, dan yang kedua merujuk kepada sifat Melayu dari sudut anutan, budaya dan jati diri.

 

Namun bercakap mengenai tamadun Melayu, katanya, kita perlu menyebut dua zaman berbeza yang pernah dilalui oleh bangsa ini iaitu zaman awal kerajaan Alam Melayu, seperti Srivijaya di Pelembang, Langkasuka di Kedah dan Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa, yang terdahulu membina sebuah tamadun dan kemudian menyusul pula tamadun baru Melayu dengan datangnya Islam di rantau Alam Melayu.

 

Kedatangan Islam, katanya, menjadikan tamadun Melayu berubah wajah baharu, isi dan kulitnya turut ditunjangi oleh Islam.

 

Situasi keislaman ini, katanya, bertambah menyerlah dan mantap apabila para mubaligh Islam berjaya menarik minat dan perhatian para penguasa dan pemerintah Melayu yang kemudiannya telah menerima Islam itu sebagai anutan dan tidak syak lagi memberi kesan yang sangat kuat lagi mendalam kepada pembinaan tamadun Melayu itu.

 

Jelas Yang Berhormat, terdapat banyak teori tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu, ada yang cenderung mengatakan Islam datang ke rantau ini sejak dari Abad Ke-7 Masihi dibawa oleh para mubaligh dari semenanjung tanah Arab, sementara para sejarawan Barat pula mengatakan mereka lebih yakin Islam telah datang ke rantau ini pada penghujung Abad Ke-13M, kira-kira di antara tahun 1292 hingga 1390M dibawa oleh para saudagar dari India dan China.

 

Walau bagaimanapun, menurut Yang Berhormat, yang penting ialah Islam sudah benar-benar wujud di Alam Melayu dan kewujudannya itu telah membawa sinar kepada Alam Melayu, dan di antara sinar yang sangat-sangat bermakna ialah 'kemakmuran'.

 

Namun tegas Yang Berhormat, makmur di sini bukanlah semata-mata berupa hasil mahsul dalam bentuk kebendaan, seperti kaya wang, mewah benda, kereta dan rumah besar, bangunan tinggi mencakar langit dan sumpamanya yang beliau istilahkan sebagai baru makmur kulit, belum lagi makmur isinya, sedangkan yang kita mahu tegasnya lagi ialah dua-dua sekali iaitu makmur kulit dan makmur isi.

 

"Makmur dengan ibadat dan ketaatan kepada Allah, itulah makmur menurut pendekatan Al-Quran," tegas Yang Berhormat.

 

Jadi, Alam Melayu katanya, dapatlah dilihat sebagai: sebelum ia didatangi oleh Islam, tentu sahaja keadaanya adalah gelap dan miskin, tidak makmur, tanpa sinar, tanpa basah dengan rahmat dan berkat, kerana Islam selaku 'lampu' belum wujud lagi dan orang masih hidup tanpa lampu.

 

"Ada akidah tetapi akidah tidak menyinar, malah menambahkan lagi gelap. Lebih-lebih yang paling gelap adalah rohani. Paling miskin dan paling tidak makmur itu adalah rohani kerana akidah atau menyembah selain Allah tidak akan mampu untuk menerangi rohani," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Tambahnya lagi, hanya Islam satu-satunya yang mampu untuk menyinari semua kerana Islam itu bersumber dari hidayah Allah.

 

"Alam Melayu dan bangsanya memilih Islam adalah setelah mendapat hidayah daripada Allah. Ini pasti, kerana tanpa hidayah, lidah dan hati tidak akan mampu bergerak untuk mengucapkan kalimah syahadah. Hidayah adalah mutlak daripada Allah," tegasnya.

 

Menurut Yang Berhormat, Alam Melayu dan bangsanya, bangsa Melayu, tidak syak lagi telah turut menerima hidayah dan Islam daripada Allah Subhanahu Wata'ala, bukan daripada para mubaligh dari tanah Arab atau dari para saudagar dari India dan China, adapun para mubaligh dan saudagar ini jelasnya lagi hanyalah sebab sahaja selaku pengantara untuk menyampaikan dakwah dan Islam itu.

 

Maka adalah wajar malah wajib bagi Alam Melayu dan bangsanya, tegas Yang Berhormat untuk bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dikurniakan oleh Allah dengan Islam, suatu nikmat paling berharga dan agung, nikmat yang bernama nikmat Islam dan nikmat iman.

 

Terang Yang Berhormat lagi, dengan bertapaknya Islam di Alam Melayu, bermakna dunia Melayu sudah jadi makmur, sudah jadi kaya raya : kaya raya dengan rahmat, kaya raya dengan berkat dan kaya raya dengan cahaya ketuhanan.

 

"Tidak hebat bagaimanakah lagi Alam Melayu itu? Tidak istimewa bagaimanakah lagi dunia Melayu di sisi Allah? Ya hebat, bahkan istimewa. Bangsa Melayu juga dikurniakan kawasan yang sangat luas dengan jumlah penduduk yang amat ramai," ujar Yang Berhormat.

 

Alam atau dunia Melayu, jelasnya, tidak syak lagi memiliki ciri-ciri kehebatan dan kekuatan semula jadi, umatnya yang berjumlah sangat besar, dijalin pula oleh satu bahasa namanya 'Bahasa Melayu', variasi dan dialek-dialek Melayu digunakan di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura, dan malah ia juga dituturkan di Thailand, di Filipina, di Kepulauan Cocos, di Laos dan Sri Lanka.

 

Ciri-ciri ini, katanya lagi, mampu untuk bangsa ini menibarkan kuasa dan pengaruhnya, tetapi dengan syarat, mereka mesti bersatu.

 

Menurutnya, jumlah yang disebut seramai 350 juta jiwa itu bukanlah jumlah yang kecil, tetapi satu jumlah yang besar dan jika bersatu, jumlah yang sebesar ini sudah pasti mampu untuk menciptakan bangsa yang besar, hebat lagi kuat dengan syarat mestilah bersatu dalam satu ikatan persaudaraan kerana Allah, Ukhuwah Fillah atau Ukhuwah Fi Dinillah (bersatu dalam persaudaraan seagama, agama Allah), bukan Ukhuwah Fi al-Tsafaqah (bersatu dalam kebudayaan) atau Ukhuwah Fi al-Siasah (bersatu dalam siasah).

 

Terangnya, di sini sebenarnya kekuatan dan kehebatan itu, iaitu 'bersatu', bersatu teguh bercerai roboh.

 

Tetapi malang, katanya, inilah yang kurang dipromosi oleh kita kerana kita lebih sibuk mempromosi bidang-bidang lain lebih mempromosi kerjasama kebudayaan, ekonomi, pertahanan dan lain-lain, tetapi tidak atau jarang-jarang teringat untuk mempromosi perpaduan dan hidup bersatu padu di bawah payung Islam.

 

Kerana itulah, tegas Yang Berhormat lagi, umat Melayu / bangsa Melayu tidak nampak hebat, tidak nampak gagah dan yang nampak hanyalah umpama buih di laut sahaja, bilangan betul ramai tetapi kurang kualiti.

 

Malah, ujarnya lagi bukan umat Melayu Muslim sahaja, bahkan umat Islam di seluruh dunia juga, tidak atau kurang mempromosi perpaduan dan persaudaraan sesama mereka, persaudaraan seagama.

 

"Malah mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, sesama bangsa dan sesama agama. Roh persaudaraan sebangsa dan seagama hancur, dihancurkan oleh ideologi, oleh kepentingan-kepentingan lain yang tidak berfaedah," jelasnya.

 

Menurut Yang Berhormat, kalau orang memahami rahsia persaudaraan seagama nescaya mereka akan mendapati bahawa persaudaraan seagama itu adalah lebih kudus, boleh mengatasi persaudaraan senasab atau Ukhuwah Fi al-Nasab.

Persaudaraan senasab, terangnya lagi, adalah ia dijalin dengan akad nikah, yang dilakukan oleh wali atau jurunikah, tetapi persaudaraan seagama, akad itu, adalah ia datang langsung dari Allah, dilakukan oleh Allah sendiri sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Al-Anfal, ayat 63 yang tafsirnya :

 

"Dan (dia yakni Allah-lah) yang menyatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman itu). Sekiranya engkau membelanjakan segala yang ada di bumi (untuk menyatukan mereka), nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah-lah (yang berkuasa) menyatukan mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."

 

Jelas Yang Berhormat, boleh dibuktikan bahawa persaudaraan seagama atau Ukhuwah Fillah itu adalah lebih agung, lebih mulia dan lebih kudus sifatnya daripada persaudaraan senasab.

 

Katanya, adik-beradik senasab kadang-kadang tidak mahu berdiri menyebelahi kita dalam masa-masa kita susah, tetapi saudara kita seagama, tidak berganjak dari bersama-sama dengan kita, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk membela kita.

 

"Buktinya sila lihat, siapa Abu Lahab? Ya, siapa Abu Lahab? Bukankah Abu Lahab itu bapa saudara Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam? Ya, bapa saudara, tetapi sifatnya jahat, di pasar atau di tempat awam, Abu Lahab ini, akan sentiasa mengekori Nabi, berdekatan dengan Nabi – dengan tujuan – apabila ia mendengar Nabi berseru : "Wahai manusia, tauhidkanlah oleh kamu Allah!" Jangan sekutukan Allah!" Lalu Abu Lahab akan cepat-cepat menyampuk : "Tidak payahlah kamu mempercayainya, jangan percaya, dia ini anak saudaraku, dia adalah pembohong."

 

"Nampak kita saudara! Sampai hati bapa saudara, saudara senasab, terhadap anak saudara yang berpangkat Nabi dan Rasul lagi.

 

"Inilah Ukhuwah Fi al-Nasab, persaudaraan senasab, persaudaraan yang tercipta dari keturunan atau jalinan kekeluargaan," jelas Yang Berhormat.

 

Berbanding, Abu Bakar as-Shidek radhiallahu anh, katanya, beliau itu bukan saudara Nabi senasab, beliau hanya saudara Nabi seagama, tetapi terhadap Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Abu Bakar as-Shidek berkata: "Saya mencintai / menyukai tiga perkara, wahai Rasulullah." Bertanya Nabi : "Apakah tiga perkara itu wahai Abu Bakar?" Menjawab Abu Bakar menerangkan : "Saya sangat suka memandang tuan (1), Duduk bersama-sama / berhadapan-berhadapan dengan tuan (2), dan membelanjakan harta saya (untuk Islam) melalui tuan (3)."

 

Yang Berhormat berkata bahawa ini memperlihatkan perbandingan dua 'attitude', sikap dan akhlak yang berbeza iaitu satu datangnya daripada saudara senasab (Abu Lahab) dan satu lagi daripada saudara seagama, Abu Bakar as-Shidek.

 

"Manakah satu di antara dua ini yang indah, yang baik dan yang diredai oleh Allah?''

 

"Jawabnya, tentu saja 'attitude' yang kedua, sikap yang kedua dan akhlak yang kedua yang dimiliki oleh sahabat besar, Sayyidina Abu Bakar as-Shidek radhiallahu anh," katanya.

 

Yang Berhormat seterusnya mengingatkan, kita sepatutnya terpanggil untuk mencontohi Sayyidina Abu Bakar dalam menyemarakkan semangat Ukhuwah Fillah, semangat persaudaraan seagama di kalangan seluruh umat Islam, khasnya umat Melayu atau bangsa Melayu di Alam Melayu.

 

Seminar bertemakan 'Islam Pemangkin Kemakmuran di Alam Melayu' itu diadakan di Auditorium UNISSA pagi tadi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19