FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tranformasi Perpustakaan, Selaras Perubahan Zaman


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa menyaksikan pameran pada Persidangan Transformasi Perpustakaan yang berlangsung di Perpustakaan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 


 September 21st, 2016  |  10:30 AM  |   1406 views

TUNGKU LINK

 

Selasa, 20 September. - Transformasi perpustakaan bagi mendukung keperluan terhadap penyaluran informasi kepada masyarakat pengguna adalah amat diperlukan dan mestilah selaras dengan perubahan zaman masa kini.

 

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa merasmikan Persidangan Transformasi Perpustakaan yang berlangsung di Perpustakaan Universiti Teknologi Brunei (UTB), pagi tadi.

 

"Tidak dinafikan dengan perkembangan zaman teknologi moden dan perubahan sosial masyarakat masa kini, perpustakaan turut menghadapi cabaran dalam memenuhi permintaan dan keperluan pengguna yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan berbanding dengan sebelumnya," tambah Yang Berhormat.

 

Transformasi perpustakaan tidak hanya terletak kepada perubahan teknologi tetapi lebih menjurus kepada pendekatan yang digunakan terutamanya terhadap pengguna, masyarakat dan pihak yang berkepentingan (stakeholder).

 

"Perpustakaan dan pustakawan perlu memperbaharui koleksi yang ada mengikut keperluan masyarakat sekeliling dengan memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah baik dan persekitaran mesra pengguna," jelasnya.

 

Yang Berhormat turut menyatakan bahawa perpustakaan menjadi peneraju dalam pendigitalan bahan-bahan bacaan dan pustakawan seharusnya menjadi tempat pertama ketika teknologi-teknologi paling maju sedang diimplimentasikan.

 

Selain itu, Yang Berhormat juga turut menyentuh mengenai kepentingan pustakawan untuk memiliki sifat berdaya saing dalam menjadikan perpustakaan sebagai sumber pilihan utama pengguna.

 

"Pertama, pustakawan perlu memiliki kecekapan peribadi iaitu kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik bersama pengguna, mempunyai ilmu pengetahuan, proaktif, mempunyai inisiatif dan komitmen yang tinggi," jelasnya lagi.

 

"Kedua, kecekapan profesional termasuk kemahiran khusus dalam ilmu pengetahuan dan mengetahui sumber-sumber informasi yang diperolehi. Selain itu, kemahiran mentadbir juga adalah penting dalam mengurus sumber dan kos perkhidmatan informasi serta menangani masalah-masalah yang tidak dijangka selaras dengan hala tuju strategik organisasi," tambahnya.

 

Yang Berhormat turut menyatakan bahawa usaha meningkatkan kompetensi pustakawan adalah sangat penting dan disinilah peranan Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (BLA) sebagai pendukung dengan mengadakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran pekerja-pekerja perpustakaan.

 

"Selain itu, Program Perpustakaan Profesional yang ditawarkan oleh IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal dalam HNTec Pengajian Informasi dan Perpustakaan, serta program Diploma Informasi dan Komputer Perpustakaan di Politeknik Brunei seharusnya diperkembangkan dan diteruskan," tambahnya lagi.

 

Yang Berhormat turut menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan akan menyediakan piawaian dan garis pandu bagi membantu mempertingkatkan struktur perpustakaan selaras dengan piawaian yang telah diamalkan oleh perpustakaan terbaik.

 

"Selain itu, Kementerian Pendidikan juga akan membantu dalam memberikan kerjasama ke arah aktiviti-aktiviti BLA dan perpustakaan di bawah Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan dan seterusnya mencapai Wawasan Brunei 2035 ke arah kecemerlangan pendidikan," jelasnya.

 

200916 BLA AZMI-7

YANG Berhormat Menteri Pendidikan semasa melancarkan beberapa buah buku sempena perasmian Persidangan Transformasi Perpustakaan.

Yang Berhormat kemudiannya merasmikan Persidangan Transformasi Perpustakaan yang membawa tema 'Meningkatkan Potensi Sebagai Pustakawan'.

Majlis didahului dengan bacaan Doa Selamat dan ucapan alu-aluan daripada Presiden BLA, Dayang Nellie binti Dato Paduka Haji Sunny.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Pustakawan Berbakti kepada Awang Haji Abdul Talip bin Haji Tassim dan Anugerah Pustakawan Harapan kepada Dayang Nooralizah binti Haji Mohamad.

200916 BLA AZMI-1

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (duduk, lima dari kanan) bergambar bersama ahli-ahli Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat kemudiannya turut melancarkan beberapa buah buku yang berkaitan bersempena dengan Persidangan Transformasi Perpustakaan.

 

Persidangan Transformasi Perpustakaan anjuran BLA dengan kerjasama UTB itu akan berlangsung sehingga 22 September 2016.

 

Pesidangan berkenaan akan menyaksikan penampilan seramai 28 orang pembentang tempatan dan seorang pembentang luar negara dengan penyertaan kira-kira 100 orang peserta terdiri daripada pustakawan sekolah, pustakawan universiti, pustakawan jabatan-jabatan kerajaan dan pelajar-pelajar IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal dan Politeknik Brunei.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19