FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Doa Kesyukuran Sempena WTISD 2022


YANG Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi menghadiri Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan memperingati Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2022. Turut hadir, Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Me

 


 May 25th, 2022  |  11:25 AM  |   269 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan Memperingati Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2022, di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.

 

Hadir pada majlis tersebut, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Fardu Asar Berjemaah, diketuai oleh Imam, Haji Mohd. Ashraf bin Haji Bujang, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran.

 

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) ini disambut pada 17 Mei setiap tahun sejak tahun 1969 bagi Memperingati Penubuhan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Penandatanganan Konvensyen Telegraf Antarabangsa Pertama, pada tahun 1865.

 

Ia juga disambut bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan internet dan ICT kepada masyarakat dan ekonomi serta cara untuk merapatkan jurang digital.

 

Sambutan tahun ini membawa tema 'Digital Technologies for Older Persons and Healthy Ageing', di mana ia menekankan peranan penting ICT dalam membolehkan warga emas kekal sihat, berhubung dan berdikari, membolehkan mereka mengambil bahagian serta menyumbang kepada masyarakat.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Ir. Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Mohd. Salihin bin Haji Aspar; dan Ketua Eksekutif AITI dan Ahli-ahli Pihak Berkuasa AITI, Awang Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar.

 

Tetamu jemputan yang lain, terdiri daripada Pemangku Ketua Eksekutif MPABD; Pesuruhjaya Interim Cyber Security Brunei; Ketua-ketua Jabatan; Pegawai-pegawai Kanan; Pegawai dan Kakitangan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta AITI; wakil-wakil InfoCom Federation Brunei (IFB); dan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi serta syarikat-syarikat ICT.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17