FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


166 Graduan MIC Diraikan


YANG Berhormat Menteri Pendidikan menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan Kolej Antarabangsa Micronet

 


 May 25th, 2022  |  11:32 AM  |   292 views

JERUDONG

 

Seramai 166 graduan Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) yang mengikuti pelbagai program Teknologi Maklumat (IT), diraikan setelah berjaya menamatkan pengajian masing-masin, pada Majlis Tamat Pengajian Micronet 2021 yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, The Empire Brunei.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyampaikan sijil serta anugerah kepada para graduan,  Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

 

Para graduan tersebut menamatkan pengajian dalam program Sijil Peringkat 2 Antarabangsa Pearson BTEC dalam IT, Diploma Peringkat 3 Pearson BTEC dalam IT, Diploma Tertinggi Kebangsaan Peringkat 5 Pearson BTEC dalam Pengkomputeran (RQF), Diploma Lanjutan Scottish Qualifications Authority (SQA) dalam Sains Komputer dan Diploma Peringkat 4 NCC Education dalam Pengkomputeran.

 

Semasa berucap, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkata, dengan keadaan pasaran pekerjaan yang dijangka semakin mencabar, terutama semasa pasca COVID-19, institusi-institusi pendidikan diseru agar sentiasa relevan dalam merangka program-program dan mempersiapkan diri para pelajar untuk menghadapi perkembangan industri yang pesat dengan kemajuan teknologi melalui pengajaran serta pembelajaran dan kurikulum yang berintegrasikan kemahiran ICT serta teknologi digital.

 

"Saya turut difahamkan MIC juga telah berjaya menjadi salah sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang diiktiraf sebagai IBTE Approved Centre dengan memperkenalkan tiga program baharu IBTE yang akan dijalankan pada tahun ini oleh pihak MIC.

 

"Program-program tersebut adalah NTec in Business and Administration, HNTec in Office Administration dan HNTec in Business and Finance.

 

"Kerjasama berterusan di antara institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta seperti ini akan dapat memberikan kesan sinergi dalam menyediakan kepelbagaian program-program yang berkualiti tinggi di masa akan datang selaras dengan Matlamat Strategik Ketiga Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018 - 2022, iaitu melibatkan pihak yang berkepentingan bagi perkongsian akauntabiliti dalam kemajuan pembelajaran pelajar.

 

"Kementerian Pendidikan menyambut baik usaha sama ini dan percaya, bahawa segala usaha ini berpotensi untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama di antara institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini, yang dilihat mampu memperkembangkan serta memperluaskan lagi peluang kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang program yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri pekerjaan," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, usaha-usaha sedemikian dapat dijadikan sebagai salah satu amalan terbaik bagi institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain, untuk turut sama dalam mewujudkan kolaborasi bagi mempelbagaikan lagi bidang program secara holistik, seperti program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan kemahiran semula (reskilling) serta program pembelajaran sepanjang hayat, khususnya dalam memenuhi keperluan sumber tenaga manusia di negara ini.

 

"Dalam jangka masa panjang, usaha sama seperti ini akan dapat mengharmonikan ekosistem bidang pendidikan, khususnya pengajian tinggi di negara ini yang mana akan memberikan manfaat kepada pihak-pihak berkepentingan," ujar Yang Berhormat.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat menyeru para graduan agar memanfaatkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di sepanjang mengikuti pengajian di MIC.

 

Menurutnya, para graduan perlu sentiasa bersedia untuk mengharungi apa jua bentuk cabaran yang akan dihadapi sama ada semasa mencari pekerjaan mahupun ketika sudah berada di alam pekerjaan.

 

Majlis disusuli dengan ucapan tamat pengajian yang disampaikan oleh Wakil Pelajar, Muhamad Raziq Aiman bin Haji Rosman, antara lain mengongsikan pengalaman beliau sepanjang menjalani pengajian, di kolej tersebut.

 

MIC adalah rakan satelit Universiti Teknologi Brunei (UTB) dalam menawarkan Program Laluan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda BriCOMP selama 14 minggu kepada para pelajar lepasan 'A' Level atau IB yang kekurangan mata minimum bagi memenuhi kelayakan kemasukan ke UTB dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran.

 

MIC juga menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda UTB dalam Pengkomputeran (Major dalam Keselamatan Rangkaian dan Multimedia)

 

Pendaftaran bagi pengambilan Oktober 2022, di MIC pada masa sekarang dibukakan

 

Orang ramai boleh mengunjungi Laman Sesawang Rasmi MIC, di 'www.micronet.com.bn' atau menghubungi menerusi talian +673 2451233 (Micronet Gadong Campus) atau +673 2611133 (Micronet Jerudong Campus) untuk maklumat lebih lanjut.

 

Bagi maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan MIC, orang ramai juga boleh melayari laman media sosial kolej berkenaan di Facebook, 'Micronet Brunei' atau Instagram, 'MicronetBruneiIG'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53