FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Daya Tahan Sistem Kesihatan


YANG Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel ke-34, 2021 (Commonwealth Health Ministers Meeting 2021) secara maya

 


 May 25th, 2022  |  11:34 AM  |   269 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan Komanwel Ke-34 (The 34th Commonwealth Health Ministers Meeting) bersidang pada 17 dan 19 Mei 2022 secara dalam talian, dengan tema 'The Road to COVID- 19 Recovery : Lessons Learnt for Building Health System Resilience to advance UHC and Global Health Security in the Commonwealth'.

 

Hadir bagi mewakili Negara Brunei Darussalam di mesyuarat tersebut, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.

 

Mesyuarat dirasmikan dengan ucapan daripada Pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan Komanwel Ke-34, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Jamaica, Dr. the Honourable Christopher Tufton, MP dan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Agung Komanwel, The Rt. Hon. Patricia Scotland QC.

 

Perbincangan mesyuarat diisikan dengan pembentangan daripada wakil negara-negara anggota di setiap rantau, difokuskan kepada tindak balas dan strategi COVID-19 ke arah memastikan pemulihan yang berkesan, termasuk pengukuhan sistem daya ketahanan kesihatan serta penyelenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang penting.

 

Mesyuarat turut memberi fokus dan menekankan kepentingan ke atas tiga sub tema, iaitu Effective Pandemic Management; Strengthening Digital Health; dan Sustaining Health Gains. Ketiga sub tema ini menjurus pada pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19, dalam mempermudah proses pemulihan dan memastikan amalan terbaik untuk kesiapsiagaan menghadapi kecemasan kesihatan secara berterusan dari sebarang ancaman di masa hadapan.

 

Negara-negara anggota juga berpeluang untuk mengongsikan serta mengetengahkan kaedah dan amalan terbaik serta usaha sama serantau, dalam memanfaatkan inovasi kesihatan digital yang dibangunkan semasa COVID-19, demi membina sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan memberikan kesaksamaan kepada semua.

 

Ini menjurus kepada penyelarasan dasar kesihatan yang penting yang perlu dibincangkan sebagai persediaan bagi Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang bakal menjelang pada Jun 2022 nanti.

 

Mesyuarat menghasilkan satu kenyataan Menteri-menteri, menggariskan dasar yang boleh diguna pakai dan segala kemajuan, yang dihasilkan daripadanya dapat dikongsikan secara berkala.

 

Selain itu, Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan Komanwel di tahun ini juga diharap akan menggalakkan komitmen di Peringkat Menteri, dalam memberikan kerjasama dan memperkembang inovasi Sektor Kesihatan dalam tempoh pemulihan COVID-19, seterusnya meningkatkan daya tahan sistem kesihatan, demi mencapai Universal Health Coverage (UHC).

 

Turut hadir bersama, Yang Berhormat Menteri Kesihatan; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui; dan Pegawai-pegawai Kanan di Kementerian Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53