FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke Arah Meningkatkan Aktiviti Penternakan Sektor Akuakultur


 


 May 25th, 2022  |  11:37 AM  |   310 views

BERAKAS

 

Barramundi Group (B) Sendirian Berhad (BGB) mencapai penternakan 100 tan ikan Barramundi, di Negara Brunei Darussalam.

 

Ikan-ikan tersebut akan dipasarkan di pasaran domestik dan eksport, di bawah jenama 'Kuhlbarra'.

 

Ke arah pencapaian itu, Perasmian Pencapaian Penternakan Barramundi Group (B) Sdn. Bhd. dan Majlis Menandatangani Perjanjian bersama Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP, berlangsung di Restoran Anjung Saujana, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini.

 

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; dan Menteri Negara di Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Desmond Tan.

 

 BGB adalah anak syarikat milik penuh Barramundi Group Limited (BGL), beribu pejabat di Republik Singapura, yang disenaraikan di Euronext Growth Oslo, di Norway.

 

Pemegang saham BGL termasuk Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Dana Modal Pembangunan Strategik, di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 

Objektif penubuhan BGB di negara ini adalah untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti penternakan ikan di dalam Sektor Akuakultur dan untuk membantu usaha Negara Brunei Darussalam ke arah mempelbagaikan ekonomi dan dijangka akan menyumbang pada peningkatan eksport.

 

Ketua Pegawai Eksekutif BGL, Andreas Peter Illum Wildfang von Scholten dalam ucapannya, mengongsikan aktiviti-aktiviti penternakan dan bekalan ikan Barramundi secara global, latar belakang syarikat BGL dan perkembangan syarikat BGB sejak ia mula beroperasi, pada tahun 2021.

 

 Setakat ini, syarikat BGB jelasnya, mampu mencapai penternakan sebanyak 100 tan ikan Barramundi.

 

Majlis tersebut juga diteruskan dengan menandatangani dua perjanjian di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Perikanan, KSSUP serta syarikat BGB bagi membenarkan syarikat BGB untuk menggunakan tapak Akuakultur Sungai Mangsalut, Kampung Tanah Jambu seluas 17 hektar dan di Tapak Ladang Ternakan Ikan Lautan Pelong seluas 776 hektar.

 

Menandatangani bagi pihak KSSUP, Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan, KSSUP, Dayang Noraini binti Haji Anggas dan Andreas Peter Illum Wildfang von Scholten bagi pihak syarikat BGB.

 

Dengan perjanjian-perjanjian tersebut, syarikat BGB akan dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti penternakan, termasuk penternakan di laut, penetasan ikan dan pemprosesan.

 

 Ini, sekali gus akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran ikan dan secara tidak langsung menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

 Syarikat tersebut turut merancang untuk menubuhkan rantaian nilai (Farm to Fork) dari penetasan, semaian, ladang sangkar laut, pemprosesan sehingga pemasaran jenama 'Kuhlbarra'.

 

 Syarikat itu dijangka akan mengeluarkan 3,000 tan ikan Barramundi setiap tahun menjelang tahun 2026, yang kira-kira bernilai BND30 juta.

 

Untuk memperkenalkan produk 'Kuhlbarra' di pasaran domestik, syarikat BGB akan bekerjasama bersama syarikat Royal Brunei Culinary untuk menampilkan beberapa hidangan produk-produk 'Kuhlbarra', di restoran-restoran mereka, iaitu Anjung Saujana dan Dynasty, bermula pada Jun 2022.

 

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Heng Aik Yeow; pegawai-pegawai kanan dan wakil-wakil dari kedua-dua buah kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16