Home > Bahasa Melayu
Dapatkan Insuran Perjalanan Perubatan Sebelum Keluar Negara
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di De
May 25th, 2022 | 11:39 AM |
235 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam (NBD) yang berkeinginan untuk membuat perjalanan keluar negara adalah dikehendaki untuk mendapatkan insuran perjalanan perubatan sebelum keluar negara.
Insuran tersebut, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, bukan sahaja dapat melindungi diri mereka daripada kos perubatan akibat jangkitan COVID-19, malah ia meliputi pelbagai kos lain seperti rawatan pelbagai penyakit lain atau kehilangan beg, jika terjadinya sesuatu musibah yang tidak dapat dijangkakan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum jelas Yang Berhormat, negara-negara lain juga telah mula mengurangkan sekatan-sekatan termasuk meniadakan pengimbasan kod sebelum memasuki premis-premis serta membuka sempadan.
"Dalam hal ini, Jawatankuasa Pandu COVID-19 sedang membuat penelitian dan kajian terhadap beberapa keperluan lain, iaitu pelaksanaan Ujian Pantas Antigen (ART) mingguan bagi para pegawai dan kakitangan di sektor kerajaan dan swasta; pengimbasan Kod QR BruHealth; pembukaan sempadan darat dan laut; dan ujian swab 'pre-departure'.
"Hasil daripada penelitian ini dan tertakluk kepada situasi semasa nanti akan dimaklumkan kepada orang ramai pada satu tarikh kemudian," ujar Yang Berhormat pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.
Yang Berhormat berdoa agar Allah Subhanahu Wata'ala akan sentiasa memberikan perlindungan dan keselamatan kepada kita daripada jangkitan wabak COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]