Home > Bahasa Melayu
DARE Galakkan Para Belia Berkoperasi
HADIR pada sesi DARE Dialog, Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd. Amin Lew. |FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)
September 22nd, 2016 | 11:11 AM | 1180 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi menggalakkan para belia untuk menceburi perniagaan koperasi, Darussalam Enterprise (DARE) dengan kerjasama Bahagian Koperasi dan Industri (CIC) di bawah Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri mengadakan sesi dialog yang memfokuskan pada perniagaan tersebut.
Koperasi merupakan perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahli koperasi tersebut, beroperasi untuk kebaikan bersama ahli-ahlinya.
DARE dan CIC menggalakkan usahawan-usahawan muda untuk melibatkan diri dalam perniagaan koperasi memandangkan perniagaan seumpama itu memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi dan pembangunan sosial melalui penyertaan komuniti.
TIMBALAN Setiausaha Tetap IT, e-Kerajaan dan Industri, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil ketika memberi ucapan alu-aluan.
Sebelum sesi dialog bermula, Pegawai CIC, Awang Murni bin Haji Matamit terdahulu menyampaikan taklimat yang antara lain menjelaskan mengenai definisi, prinsip, konsep, faedah serta nilai-nilai perniagaan koperasi.
Awang Murni ketika ditemui Pelita Brunei berkata, salah satu tujuan dialog tersebut diadakan adalah bagi menerangkan lebih lanjut mengenai faedah perniagaan koperasi terutama dari segi pengumpulan modal, pengalaman dan kemahiran yang ada pada setiap belia.
PEGAWAI CIC, Awang Murni bin Haji Matamit ketika ditemu bual Pelita Brunei.
Selain itu, jelasnya, menceburkan diri dalam perniagaan sedemikian dapat membantu menjauhkan diri belia dari aktiviti kurang sihat, di samping menyahut seruan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menggalakkan penglibatan mereka dalam perniagaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Marlinawaty Hussin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]