FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bertahlil di Kubah Makam Diraja Sempena Sambutan Hari Guru


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hadir di Majlis Mambaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makan Diraja sempena Sambutan Hari Guru ke-26. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. |FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 September 22nd, 2016  |  11:13 AM  |   1844 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 21 September. - Kemuncak Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam kali ke-26 akan disambut pada 29 September ini nanti di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

 

Dalam menyemarakkan sambutannya tahun ini, seramai 400 orang yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan termasuk guru-guru sekolah, maktab, institusi pengajian tinggi dan teknikal dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hadir bagi membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, di sini.

 

Hadir menyertai majlis tersebut, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud serta pegawai-pegawai kanan daripada kementerian-kementerian berkenaan.

 

Bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dikepalai oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat dan diikuti dengan Tahlil dan Doa Arwah.

 

Majlis itu merupakan sebahagian daripada kegiatan-kegiatan keagamaan bersempena sambutan tersebut yang diselenggarakan bersama Kementerian Pendidikan dan KHEU.

 

Sementara Majlis Doa Kesyukuran bersempena sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-26 akan diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 

Manakala, Majlis Doa Kesyukuran bagi peringkat sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan KHEU seluruh negara akan diadakan serentak pada hari Sabtu, 1 Oktober ini di sekolah masing-masing.

 

Tema sambutan kali ini membawakan 'Guru Bijaksana Pembina Generasi Berwawasan'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19