FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hubungan Erat AS - Brunei Terus Terjalin Kukuh


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri, bersama-sama dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Craig Allen dan isteri semasa hadir di Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat Ke-240 Tahun.

 


 September 22nd, 2016  |  11:20 AM  |   1303 views

JERUDONG

 

Rabu, 21 September. - Hubungan antara Amerika Syarikat dan Negara Brunei Darussalam telah erat terjalin lebih 171 tahun yang lalu sejak kunjungan Persekutuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1845.

 

Perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Craig Allen semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya di Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat Ke-240 tahun yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, Empire Hotel and Country Club.

 

"Hubungan erat ini akan sentiasa terjalin dari generasi lama kepada generasi yang baru dan saya dengan penuh yakin hubungan ini akan menjadi lebih kukuh di masa yang akan datang," jelas Tuan Yang Terutama.

 

Tuan Yang Terutama turut menyentuh mengenai pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement) antara Amerika Syarikat dan Brunei serta sepuluh buah negara ASEAN yang lainnya dalam mewujudkan Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone) yang pasti akan dapat mempertingkatkan produktiviti ekonomi negara terlibat dan seterusnya mengeratkan perhubungan antara negara-negara berkenaan.

 

"Tahun lepas menyaksikan perhubungan Amerika Syarikat, Brunei dan negara-negara ASEAN dipertingkatkan dan tahun ini akan terus dieratkan melalui inisiatif U.S. - ASEAN Connect dalam bidang kerjasama perdagangan dan inovasi bagi memperkayakan potensi negara ASEAN termasuk Brunei," tambah Tuan Yang Terutama.

21092016 AZMI US INDPNDNT 07

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri, bersama-sama dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Craig Allen dan isteri memotong kek di Majlis Meraikan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat Ke-240 Tahun.

 

Tuan Yang Terutama turut berterima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas usaha dan kerjasama yang telah diberikan dalam sama-sama berganding bahu dalam pelbagai bidang yang diungkayahkan oleh kedua-dua negara.

 

Majlis sebelumnya telah dimulakan dengan persembahan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat disampaikan oleh pelajar Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayang Farah Aliyah binti Abdullah dan pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong, Sachi Dieker.

 

Mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili.

 

Acara kemuncak diteruskan dengan sesi pemotongan kek Ulang Tahun Kemerdekaan Amerika Syarikat Ke-240 Tahun oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri, bersama-sama dengan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Craig Allen dan isteri.

 

Tuan Yang Terutama kemudiannya turut menyampaikan cenderahati berupa cekera piring hitam muzik jazz kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Suasana majlis turut dimeriahkan dengan dendangan muzik jazz daripada kumpulan iFever dan pancaragam Sekolah Antarabangsa Jerudong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17