Home > Bahasa Melayu
YTM Berkenan Berangkat ke Majlis Ramah Mesra
YTM berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra
September 22nd, 2016 | 11:22 AM | 1538 views
GADONG
GADONG, Rabu, 21 September. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang anjuran Pegawai dan anggota Polis Wanita.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna di Dewan Bankuet Mes Pegawai, lbu Pejabat Polis Gadong dijunjung oleh Pegawai Penguasa Kanan Polis, Dayang Masni binti Haji Jamil, selaku Pengerusi Majlis berserta ahli-ahli jawatankuasa majlis.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berkenan beramah mesra bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Ramah Mesra.
Sejurus keberangkatan, YTM dijunjung untuk menandatangani slip lembaran keberangkatan dan seterusnya dijunjung untuk beramah mesra bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Ramah Mesra dan Santap Petang.
Seramai lebih daripada 250 anggota Polis Wanita termasuk pegawai-pegawai polis wanita yang telah bersara, jemputan-jemputan khas, anggota pangkat rendah serta pegawai dan kakitangan awam menghadiri majlis tersebut yang terdiri dari pelbagai jabatan dan formasi.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berkenan bergambar kenangan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Ramah Mesra.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Komandan Polis Wanita, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berkenan bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai polis wanita yang telah bersara.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis tersebut YTM berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai serta anggota Polis Wanita bersama para jemputan khas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]