FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Tandatangani Perjanjian Paris


MENTERI Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar (kiri) bersama Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon (kanan).

 


 September 23rd, 2016  |  08:59 AM  |   946 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 21 September. - Acara Peringkat Tinggi Penguatkuasaan Perjanjian Paris berlangsung di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat. Majlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan dihadiri oleh Ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Menteri dan perwakilan Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC). Tiga puluh satu negara anggota telah mendepositkan Surat Cara Ratifikasi Perjanjian Paris mereka termasuk Brunei Darussalam.

 

Majlis Menandatangani Peringkat Tinggi bagi Perjanjian Paris berlangsung pada 22 April 2016 di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. Perjanjian Paris telah diterima pakai pada akhir Persidangan Perubahan Iklim (Conference of Parties / COP) Ke-21 UNIFCCC di Paris bagi negara-negara untuk berusaha mengehadkan kenaikan suhu ke 1.5 darjah celsius.

 

Keperluan untuk perjanjian itu mula berkuat kuasa, 55 negara dengan sekurang-kurangnya 55% dari pengeluaran gas rumah hijau global menandatangani dan mengesahkan. Pada masa ini, 60 daripada 197 negara, iaitu 47.62% dari bumi semua pelepasan telah mengesahkan Perjanjian Paris. Brunei Darussalam adalah salah sebuah negara pertama yang mengesahkan Perjanjian Paris dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk memastikan bahawa ia mula berkuat kuasa seawal yang mungkin.

 

Mengesahkan Surat Cara Pengesahan bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

 

Jabatan Tenaga dan Industri di JPM sebagai 'focal point' kebangsaan untuk Perubahan Iklim, di bawah Perjanjian Paris, akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menetapkan sasaran realistik yang mengambil kira senario industri masa depan termasuk sasaran pengurangan intensiti pelepasan. Ini adalah sebahagian dari persediaan untuk dokumen Sumbangan Nasional yang telah ditetapkan, yang akan menjadi dokumen yang mempunyai kuasa mengikat di bawah Perjanjian Paris, sebaik sahaja ia mula berkuat kuasa.

 

Sumbangan Negara Brunei Darussalam dalam pengeluaran gas rumah hijau global akan tetap kecil. Walau bagaimanapun, Brunei Darussalam adalah sebuah negara pesisir kecil yang terdedah pada kesan perubahan iklim dan Brunei Darussalam sangat komited, sebagai sebahagian dari anggota yang bertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa, bagi memelihara alam sekitar global dan terus menjadi simbol bagi kecemerlangan alam sekitar bagi rantau Asia Tenggara.

 

Untuk mematuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris, Brunei Darussalam memerlukan kerjasama dan kerja keras dari semua pihak berkepentingan yang berkaitan. Apa yang dianggap mustahil, masyarakat antarabangsa telah menjadikan ia boleh dicapai serta berganding bahu mempersetujui Paris. Oleh itu, membimbing komitmen Brunei Darussalam pada Perjanjian Paris adalah tidak mustahil dengan kesungguhan dan komitmen pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat umum. Ini akan dapat dicapai melalui daya usaha dan kecekapan, meningkatkan penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui di Brunei Darussalam dan meningkatkan rizab hutan sehingga 55 peratus daripada jumlah kawasan tanah Brunei Darussalam.

 

Komitmen Negara Brunei Darussalam untuk memerangi perubahan iklim adalah diharapkan untuk membimbing dan membuka lebih banyak peluang ekonomi dan keusahawanan serta inovasi bagi sektor swasta dalam membangunkan teknologi hijau dan seterusnya 'green economy' di Brunei Darussalam. Ini termasuk memastikan bahawa pelaburan di Negara Brunei Darussalam, termasuk pelaburan langsung asing, akan sejajar dengan sasaran di bawah Perjanjian Paris dan dalam keadaan tertentu, sebenarnya mampu menyumbang pada alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau seperti cadangan pelaburan yang akan datang dalam kereta elektrik. Ini boleh dikendalikan dengan program bantuan teknikal dan mekanisme yang ditawarkan di bawah UNFCCC, di mana Brunei Darussalam akan meneroka pilihan itu dengan PBB di bawah rangka kerja ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16