FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BIBD Lancar Perkhidmatan SME 360°


MENTERI Pembangunan selaku Pengerusi BIBD, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah merasmikan BIBD SME 360° di BIBD Cawangan Seri.|FOTO : PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)

 


 September 23rd, 2016  |  09:02 AM  |   1828 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 22 September. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dalam menawarkan produk SME 360° melakar sejarah dengan membuka rasmi cawangan pertamanya bagi perkhidmatan SME 360° di Pusat SME 360° yang terletak di Cawangan Seri BIBD G3 dan G4, Plaza Tumasek, Jalan Raja Isteri Pengian Anak Saleha, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan pusat berkenaan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah BIBD.

 

HERNIE BIBD 3

UCAPAN alu-aluan oleh Pengarah Urusan BIBD Mubashar Khokhar sebelum perasmian BIBD SME 360° Cawangan Seri.

 

Juga hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Awang Haji Yusof bin Haji Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Enterprise (DARE), Mr. Loo Yau Soon serta beberapa pegawai kanan dari AMBD, DARE, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Ahli Lembaga Penasihat BIBD dan Badan Shariah, pihak pengurusan serta para pelanggan SME.

 

Menurut Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar dalam ucapan alu-aluannya menerangkan penubuhan Pusat SME 360° itu adalah melalui hasil usaha perancangan strategik BIBD semasa Lawatan Kerja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ke Business Support Centre, DARE yang terletak di Bangunan Design dan Teknologi di Anggerek Desa pada bulan April yang lalu.

 

Jelasnya, semua produk dan perkhidmatan BIBD yang lain dilancarkan hari ini, sejajar dengan visi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membangunkan ekonomi yang dinamik dan mapan, selain melanjutkan lebih banyak kerjasama dengan institusi kerajaan yang lain bagi mewujudkan jalan penyelesaian dan peluang pekerjaan yang lebih baik.

 

Penubuhan Cawangan BIBD SME 360° ini selain bagi menyokong usaha dan dasar yang dibuat oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ia juga memberikan perkhidmatan secara 'one-stop' kepada para pelanggan SME BIBD tambahnya.

 

HERNIE BIBD 5

MENTERI Pembangunan selaku Pengerusi BIBD,  Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah menerima penerangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di BIBD SME 360° Cawangan Seri yang didedikasikan khas bagi peniaga PKS.

 

''Kami yakin sumbangan kita hari ini, terutamanya bagi menyokong Wawasan 2035, akan mewujudkan lebih banyak peluang kepada PKS untuk berkembang, dan insyaaAllah, membangunkan lebih banyak pemimpin perniagaan dan industri di Brunei Darussalam,'' ujar Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar.

 

SME 360° juga menyediakan penyelesaian perbankan yang komprehensif yang melengkapi keperluan perniagaan, terutamanya PKS, termasuk pasukan pengurusan perhubungan yang berdedikasi, penyelesaian kewangan dan pembayaran digital.

 

Di samping itu, dalam mengukuhkan lagi cadangan PKS, BIBD telah menyediakan modul untuk Akademi Industri Perniagaan (IBA) yang dikendalikan oleh pihak DARE seperti menyediakan plan perniagaan dan mendapat pembiayaan perbankan, selain turut memberikan peluang kepada pelanggan BIBD SME untuk menyertai program-program di bawah SME dalam usaha untuk memberikan pendedahan kepada peniaga PKS Brunei pada penyelesaian kewangan yang lebih baik melalui perbankan bertaraf dunia.

 

Pasukan pengurusan perhubungan berdedikasi menyediakan akses pada penyelesaian nasihat dan pembiayaan perbankan termasuk modal kerja, harta, penyambung, bekalan / kontrak perolehan, pembiayaan perdagangan dan jaminan.

 

Selain itu, perniagaan boleh akses pada pelbagai penyelesaian pembayaran digital BIBD termasuk perkhidmatan kad peniaga, eTunai, eBayar, Perkhidmatan Laluan Internet MasterCard dan Perbankan Internet Korporat.

 

HERNIE BIBD 6

BIBD Cawangan Seri menyediakan perkhidmatan yang didedikasikan khas bagi kemudahan peniaga Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) secara menyeluruh termasuk mesin ATM khas untuk keperluan peniaga PKS.

 

Pengurus Kanan dari Unit Pasaran dan Pembangunan Produk Korporat, Cawangan Korporat Perbankan BIBD, Pengiran Sanusi Iskandar bin Pengiran Haji Ismail dalam temu bual bersama Pelita Brunei menjelaskan, penubuhan pusat SME menekankan kepentingan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi perkembangan ekonomi Brunei Darussalam untuk terus maju dan berjaya.

 

Katanya, bagi memulakan satu-satu PKS itu memerlukan produk dan pekhidmatan penyelesaian dan di sini BIBD SME mula melangkah untuk memberikan perkhidmatan yang diingini oleh para pengusaha untuk memajukan perniagaan mereka, selain itu, ia juga bertujuan untuk mencipta dan mempromosikan kesedaran kewangan Islam dan perbankan bagi awam khasnya bagi kalangan para pelanggan SME BIBD yang sedia ada atau kepada generasi pengusaha di masa akan datang.

 

Namun menurut salah seorang pengusaha muda selaku Ketua Pegawai Eksekutif Shineblingz Enterprise, Awang Haji Rulizan bin Mohammad Daud menjelaskan, melalui permohonan perkhidmatan SME 360° BIBD ini nanti, beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan dari pihak BIBD untuk mendapatkan perkhidmatan Internet Payment Gateaway Service bagi kemudahan para pelanggan beliau yang berada di daerah-daerah lain seperti Kuala Belait, Tutong dan Temburong mahupun pelanggan dari negara-negara luar untuk mendapatkan produk keluaran mereka, selain membolehkan mereka untuk membuat pembayaran secara 'online'.

 

Perusahaan Shineblingz jelasnya lagi merupakan sebuah perusahaan yang menawarkan produk haruman bilik, kereta dan sebagainya, perusahaan ini sudah mula menapak di hati para pelanggannya sejak penubuhan perusahaan berkenaan pada bulan Mei 2015 dan kini beliau sudah mempunyai empat buah petak sewaan di Cube Shop serta salah satunya di kawasan Giant Rimba yang baru saja dibuka pada awal bulan April 2016.

 

HERNIE BIBD 7

PENGIRAN Sanusi bin Pengiran Iskandar ketika ditemu bual Pelita Brunei.

 

''Walaupun perusahaan ini baru saja dimulakan hampir setahun yang lalu, namun hasil dan keuntungan perusahaan tersebut di luar jangkaan serta mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, hari demi hari keuntungan yang diperolehi semakin meningkat sehingga sekarang. Dan selain itu, perusahaan Shineblingz juga pernah diberi peluang untuk menyertai Consumer Fair yang berlangsung selama lima hari berturut-turut di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dan melalui ekspo tersebut, Perusahaan Shineblingz berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga dapat meraih keuntungan yang memuaskan,'' ujar beliau lagi.

 

Manakala, Pengurus Am, Samakday Sdn. Bhd., Mejar (B) Haji Awang Lamat bin Haji Libut melahirkan rasa syukur kerana dengan adanya perkhidmatan perbankan SME 360° kerana pada sebelum ini syarikat beliau pernah ditawarkan oleh pihak BIBD untuk mengikuti skim SME 360°, iaitu yang berkaitan dengan memajukan tanah di bawah tapak BINA di Daerah Tutong.

 

Dengan adanya skim itu, jelas beliau akan dapat meneruskan kuasa mereka sebagai seorang penguasaha dan peniaga untuk lebih maju ke hadapan serta lebih-lebih lagi dengan adanya Pusat SME 360° ini nanti para pengusaha berpeluang untuk mendapatkan dana sama ada untuk memulakan perniagaan atau untuk menambah maju perniagaan yang sedia ada.

 

Namun menurut beliau, fokus utama dalam memajukan perniagaan beliau adalah melalui dana yang dipohonkan melalui SME BIBD yang menumpukan pada bidang bengkel (workshop), yang melibatkan pemajuan tanah yang diberikan oleh pihak BINA sebelum ini dan tanah berkenaan telah pun dibangunkan sebuah bangunan di atasnya serta telah pun siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2015 tahun lalu.

 

Alhamdulillah pada masa ini ujarnya, syarikatnya telah pun mula beroperasi di bangunan terbabit yang berkaitan dengan perusahaan automobil termasuk perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.

 

''Memajukan perniagaan atau menceburi diri dalam dunia perniagaan ini adalah bagi menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menggalakkan rakyat dan penduduk negara ini untuk sentiasa berusaha mempelbagaikan ekonomi dan salah satunya adalah melalui bidang perniagaan atau perusahaan,'' jelas beliau.

 

Menjelaskan lebih lanjut tentang impak positif pada perusahaan yang dijalankan oleh beliau melalui SME 360°, menurut beliau dengan kemudahan yang ada melalui perkhidmatan SME 360° itu merupakan peluang yang baik bagi para pengusaha atau pemaju atau peniaga yang lain untuk mendapatkan bantuan atau 'assistance' bagi mana-mana syarikat atau perusahaan untuk mengembangmajukan perniagaan mereka lagi sama ada untuk masa kini atau di masa akan datang.

 

''Ini sebetulnya adalah satu harapan bagi para pengusaha atau peniaga yang lain dalam menangani atau membantu mereka untuk memajukan lagi bidang perniagaan mereka, selain dapat memberikan perkhidmatan perbankan yang terbaik bagi para pelanggan setia SME BIBD juga dapat membantu memberikan peluang pada belia-belia di negara ini untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan,'' saran beliau lagi.

 

Dari itu, adalah diharapkan agar pihak SME BIBD akan sentiasa memberikan peluang yang ada kepada generasi muda belia negara ini untuk memulakan peluang perniagaan selain dari hanya mengharap untuk mereka mendapatkan peluang pekerjaan semata-mata.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54