Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Berkenan Hantar Perutusan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi, kerajaan dan rakyat Arab Saudi sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan negara tersebut.
September 23rd, 2016 | 09:06 AM | 1222 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 23 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi, kerajaan dan rakyat Arab Saudi sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan negara tersebut.
Dalam titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menghargai tali persaudaraan yang akrab yang dinikamti oleh rakyat dan kerajaan kedua-dua buah negara dan seterusnya merakamkan penghargaan di atas layanan baik yang telah diberikan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam semasa menunaikan ibadah Haji dan Umrah.
Kebawah DYMM juga berharap berpeluang untuk memperkembangkan rangkaian kerjasama yang sedia terjalin di masa-masa akan datang.
Pada mengakhiri perutusan tersebut, baginda berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman dan seluruh kerabat diraja dengan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan serta rakyat Arab Saudi akan terus menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]