Home > In The Court
2 Warga Asing Terima Hukuman Penjara
June 10th, 2022 | 13:00 PM | 592 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua warganegara Indonesia ditangkap dalam operasi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), baru-baru ini.
Kedua-dua tertuduh masing-masing mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Majistret Kanan, Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Yusof menerusi video 'conference' di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan kelmarin.
Defendan pertama, Salbiah Sayuti, 42 tahun dengan bilangan pasport A6297445 dijatuhkan hukuman tujuh bulan penjara.
Salbiah Sayuti didakwa atas kesalahan di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 kerana tinggal di negara ini setelah Pas Lawatan mansuh selama 1,971 hari.
Manakala defendan kedua, Rendi Susilo yang berumur 33 tahun dengan bilangan pasport C0827819 dijatuhkan hukuman enam bulan penjara.
Rendi Susilo didakwa atas kesalahan di bawah Bab 55 (1) (d) akta yang sama kerana memberikan perlindungan kepada pesalah Imigresen.
Pada 7 Jun 2022, kedua-duanya ditangkap dalam Operasi JIPK, iaitu Operasi Tumpas JIPK 40/2022 semasa pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah rumah sewa di Kampung Bengkurong, Masin.
Pendakwaan terhadap kedua-dua defenden dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]