Home > In The Court
Padah Pecah Masuk Rumah
June 13th, 2022 | 10:56 AM | 763 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara setelah mengaku bersalah atas lima pertuduhan iaitu melakukan pecah masuk rumah untuk mencuri di Mahkamah Perantaraan, di sini.
Hakim Dayangku Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail menjatuhkan hukuman terhadap Mohammad Yamin bin Yahya, berusia 34 tahun (D2) selama dua tahun dan enam bulan serta dua sebatan dan Noraziman bin Abd. Halim, berusia 37 tahun (D3) selama 57 hari yang berkuatkuasa 20 April 2022 setelah mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.
Tertuduh Noraziman bin Abd. Halim mengaku bersalah melupuskan harta curi dengan mencari pembeli dan seterusnya menjual silinder gas yang dicuri itu dengan harga BND70. Tertuduh juga mendapat manfaat daripada hasil jualan yang dikongsi di antara empat daripada mereka.
Tertuduh-tertuduh telah memecah masuk dua buah rumah di Kampung Pandan, Kuala Belait pada 20 hingga 24 November 2021 dan mencuri harta benda iaitu kamera CCTV, televisyen dan tong gas.
Menurut Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh-tertuduh telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kediaman mangsa dan mencuri kamera CCTV, televisyen dan tong gas.
Tertuduh-tertuduh telah mengaku mencuri semua kamera CCTV itu pada dua tempat berasingan pada 20 November 2021 dalam kenyataannya kepada polis.
Tertuduh-tertuduh seterusnya mengakui bahawa dia memberikan semua kamera CCTV kepada orang lain yang dikenali kemudian dijual kepada rakan lain di Kampung Mumong.
Berdasarkan siasatan, kesemua kamera CCTV yang dicuri telah berjaya ditemui semula. Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan tertuduh bersama rakan-rakannya yang lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]