Home > In The Court
Didakwa Terlibat Pengeksploitasian 2 Pekerja Asing
June 15th, 2022 | 11:21 AM | 779 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pendakwa raya telah menghadapkan pertuduhan terhadap seorang lelaki warga tempatan di atas kesalahan mengaut keuntungan daripada pengeksploitasian dua orang pekerja Bangladesh.
Timbalan Pendakwa-Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abd Rahman dan Nor'adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi hadir di Mahkamah Tinggi di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli.
Wan Nasyran bin Haji Osman, berumur 44 tahun didakwa di atas satu pertuduhan di bawah bab 6 Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004 dan dua pertuduhan di bawah bab 7 Akta Anti Pemerdagangan Orang, Penggal 230.
Memandangkan kesalahan mengaut keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan itu berlaku antara bulan April 2019 dan Januari 2021, pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya dengan itu jatuh di bawah Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang.
Sementara itu, Khairul Bashar, seorang warga Bangladesh telah didakwa berhubung kes pada 29 Mac 2022 dengan dua pertuduhan di bawah bab 4 Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004 kerana melakukan kesalahan pemerdagangan manusia.
Manakala, pada 11 April 2022, Pendakwa Raya telah menghadapkan empat pertuduhan tambahan terhadap Khairul Bashar bagi kesalahan yang sama.
Atas permohonan yang dibuat oleh Pendakwa Raya, Mahkamah Tinggi telah menyatukan kedua-dua perkara jenayah terhadap kedua-dua tertuduh, Khairul Bashar dan Wan Nasyran bin Haji Osman.
Susulan dari pengakuan mereka tidak bersalah, Mahkamah Tinggi menetapkan kes untuk dibicarakan pada Februari 2023.
Jika didapati bersalah, kedua-dua defendan boleh dikenakan denda tidak melebihi BND1,000,000, penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]