FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Anak Damit Dilahirkan Semasa Dalam Penerbangan


SYARIKAT Penerbangan Diraja Brunei (RB) menerusi penerbangan BI008 yang bertolak dari Dubai menuju ke Negara Brunei Darussalam hari ini merakamkan satu detik yang tidak terduga apabila salah seorang penumpang telah melahirkan anak semasa dalam penerbangan

 


 June 17th, 2022  |  12:19 PM  |   411 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) menerusi penerbangan BI008 yang bertolak dari Dubai menuju ke Negara Brunei Darussalam hari ini merakamkan satu detik yang tidak terduga apabila salah seorang penumpang telah melahirkan anak semasa dalam penerbangan tersebut.

 

Penumpang wanita terbabit, Jenny Rose Josoy yang merupakan salah seorang dari 173 penumpang penerbangan tersebut, selamat melahirkan anak lelaki yang sihat dalam usia kandungan 7 minggu lebih awal daripada jangkaan tarikh dilahirkan.

 

Selain anak-anak kapal, Dr. Mulfi Ibrahim Alkhinjar secara kebetulan antara penumpang kapal berkenaan menawarkan diri untuk membantu dalam memudahkan lagi Jenny Rose Josoy melahirkan anak bersama dengan Pegawai Perkhidmatan Anak Kapal (Cabin Service Officer), Awang Romzi bin Haji Mohamad Yusof dan Anak Kapal (Cabin Crew), Dayang Siti Nurhafizzah binti Metassan.

 

Berdasarkan pada pengalaman itu, Dr. Mulfi Ibrahim Alkhinjar berkata bahawa saat mereka membantu melahirkan anak damit tersebut dan kemudian memegangnya merupakan satu detik yang gembira malah beliau berbangga kerana dapat membantu dan menyelamatkan nyawa orang lain.

 

Dr. Mulfi Ibrahim Alkhinjar turut berkata bahawa Awang Romzi sangat teratur dan membantu malah kakitangan yang bertugas kelihatan sangat terlatih khususnya dalam menangani situasi berkenaan dengan tindakan yang betul dan berjalan lancar.

 

Sementara Awang Romzi berkata bahawa pada mulanya mereka menyangka wanita terbabit hanya mengalami sakit perut akan tetapi selepas sahaja melihat akan surat kesihatan beliau, yang menyatakan kandungan beliau sudah berusia 33 minggu dan mereka mula menyedari bahawa beliau akan melahirkan anak.

 

Pengalaman dan situasi ini merupakan kali kedua beliau alami di mana beliau membantu penumpang ketika hendak melahirkan anak di dalam kapal, justeru, ia sedikit sebanyak membantu beliau dalam mempercepatkan lagi kelancaran situasi tersebut di samping Dayang Siti Nurhafizzah turut membantu untuk mententeramkan penumpang wanita itu di sepanjang penerbangan.

 

"Kru dan Anak Kapal kami terlatih dengan cemerlang bagi mengendalikan pelbagai senario yang mungkin sahaja berlaku semasa penerbangan dan saya amat berbangga dengan profesionalisme yang ditunjukkan oleh kru dan Anak Kapal dalam pengendalian situasi unik ini khususnya semasa di dalam kapal.

 

"Dalam masa yang sama, kru dan Anak Kapal juga bertuah kerana adanya Dr. Mulfi Ibrahim Alkhinjar semasa menangani situasi tersebut di mana kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan yang selamat.

 

"Kami mengharapkan agar mereka berdua dalam keadaan baik dan semoga cepat sembuh," kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid.

 

Dalam masa yang sama, RB ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa polisi RB khususnya terhadap penumpang yang mengandung adalah dari 28 minggu ke 36 minggu usia kandungan dan memerlukan surat pengesahan yang membolehkan ia Fit-to-Fly oleh doktor dan sah seminggu dari tarikh penerbangan.

 

RB kini dicalonkan dalam tiga kategori untuk The Asia Sub-Region of The 29th World Travel Awards, Asia's Leading Airline, Asia's Leading Airline-Business Class dan Asia's Leading Cabin Crew. Undian masih dibuka mulai sekarang hingga 31 Ogos 2022 di 'www.flyrb.com/votenow'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21