FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sistem Teksi Bermeter Dikawal Selia


Vaccination, Occupational Health Services Shifted to Berakas Health Screening Centre Beginning Oct 1 | FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Masamaleh Haji Mohd. Ali)

 


 September 24th, 2016  |  11:35 AM  |   1496 views

BERAKAS

 

Jumaat, 23 September. – Negara Brunei Darussalam melakar satu lagi detik sejarah melalui Kementerian Perhubungan dengan wujudnya perkhidmatan Sistem Teksi Bermeter yang dilancarkan hari ini sebagai usaha menyediakan perkhidmatan teksi yang lebih efisien kepada para pengguna.

 

Pengenalan Sistem Teksi Bermeter ini merupakan sebahagian dari inisiatif Kementerian Perhubungan ke arah mewujudkan sistem pengangkutan awam yang dikawal selia, berkait hubungan (connected) dan boleh diharap (reliable).

 

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini.

 

 

230916 HJMAS3 TEKSI

 

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat hadir melancarkan Sistem Teksi Bermeter Negara Brunei Darussalam berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

230916 HJMAS2 TEKSI

 

 

Sistem Teksi Bermeter Negara Brunei Darussalam memastikan semua teksi di negara ini dibekalkan dengan meter bagi memastikan penumpang membayar kadar perjalanan yang selaras dan dikawal selia.

 

 

Melalui sistem ini, kadar menaiki teksi sehingga 10 kilometer perjalanan akan berharga BND12. Walau bagaimanapun, kadar ini boleh bertambah tertakluk kepada kesesakan lalu lintas.

 

 

Dengan sistem bermeter ini, perjalanan akan dikawal melalui masa dan kejauhannya, maka perjalanan yang lebih dekat akan menjadi lebih murah. Sebelum sistem ini, kadar teksi sehingga 10 kilometer perjalanan adalah antara BND20 hingga BND40.

 

 

 230916 HJMAS9 TEKSI

YANG Berhormat Menteri Perhubungan semasa melihat teksi meter berimej baru. 

230916 HJMAS5 TEKSI

Teksi-Teksi Bermeter kini juga mempunyai imej baru dengan plet tanda pengenalan berwarna hitam dan Papan Tanda Teksi mudah-alih yang berkuatkuasa pada hari ini, 23 September 2016.

 

 

Selain itu, teksi-teksi juga tidak dimestikan beratap warna kuning lagi dan mana-mana warna kenderaan boleh digunakan yang diluluskan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Darat.

 

 

Perkataan atau wording di tepi badan teksi juga ditiadakan. Pemandu-pemandu juga akan mempunyai kad pengenalan pemandu yang perlu dipamerkan di dalam kenderaan untuk pengetahuan penumpang.

 230916 HJMAS13 TEKSI

PEMANDU-PEMANDU perlu mempunyai kad pengenalan pemandu yang perlu dipamerkan di dalam kenderaan.

 

 

Di samping itu juga, dalam usaha memastikan tahap perkhidmatan yang baik dan selamat, nombor aduan untuk kegunaan penumpang membuat aduan perilaku pemandu teksi juga diletakkan di dalam dan di luar kenderaan teksi pada bahagian belakang.

 

 

Ianya juga merupakan langkah untuk menggalakkan orang ramai sebagai penumpang untuk tidak menggunakan teksi sapu dalam sebarang perjalanan mereka. Ini bukan sahaja bagi memelihara keselamatan penumpang tetapi bagi memastikan pendapatan perkhidmatan pengangkutan awam lain yang sah tidak terjejas.

 

 

Yang Di-Pertua Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Negara Brunei Darussalam, Awang Sia Ho Chai dalam ucapan alu-aluannya berkata, perkhidmatan teksi telahpun wujud di akhir tahun 50an dan tetap masih wujud sehingga ke hari ini, sekalipun harus menempuh berbagai-bagai cabaran dan rintangan.

 

 

Menurutnya, perkhidmatan teksi bermeter pernah diperkenalkan pada sekitar tahun 80an, yang telahpun diwujudkan oleh pengusaha-pengusaha yang terdahulu namun oleh kerana sesuatu perkara yang tertentu, perkhidmatan tersebut telahpun terhenti.

 230916 HJMAS12 TEKSI

TEKSI dibekalkan dengan meter bagi memastikan penumpang membayar kadar perjalanan yang selaras dan dikawal selia.

 

 

Beliau berkata, atas inisiatif Kementerian Perhubungan dan dengan sokongan pihak-pihak berkepentingan, usaha untuk menaiktaraf perkhidmatan teksi yang lebih bersistematik dan dikawal selia, telah diusahakan dengan melibatkan semua pengusaha-pengusaha teksi.

 

 

Tambahnya, perusahaan teksi tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki sahaja, kaum wanita telahpun dialu-alukan untuk berkecimpung dalam bidang ini di mana dari jumlah 50 orang pengusaha teksi yang aktif beroperasi pada masa ini, tiga orang daripadanya adalah wanita.

Beliau turut percaya, bidang ini haruslah disasarkan lagi kepada generasi-generasi muda sama ada lelaki atau perempuan yang masih belum memiliki pekerjaan yang tetap untuk mengambil bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka, di samping itu ia akan dapat mengatasi masalah pengangguran.

 230916 HJMAS4 TEKSI

KAD pengenalan pemandu dipamerkan di dalam kenderaan untuk pengetahuan penumpang.

"Dengan adanya teksi bermeter dan kelonggaran-kelonggaran yang diperkenalkan oleh JPD dan MTLA, kami berharap ia akan dapat menambah pendapatan pengusaha-pengusaha dan juga akan memberi dorongan kepada generasi muda mengambil peluang ini sebagai pekerjaan mereka," jelasnya.

 

 

Yang Berhormat Menteri Perhubungan menyempurnakan majlis pelancaran dengan pemotongan reben Teksi-Teksi Bermeter diikuti dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu Projek Peningkatan Sistem Pengangkutan Awam Negara Brunei Darussalam.

 

 

Pada majlis tersebut, Menteri Perhubungan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu serta jemputan-jemputan khas juga berkesempatan untuk menaiki teksi bermeter secara berkumpulan mengelilingi destinasi-destinasi terpilih di Bandar Seri Begawan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17