Home > Bahasa Melayu
Pendaftaran Program Tadabbur Al-Quran Dibukakan
June 22nd, 2022 | 09:50 AM | 310 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Usuluddin menawarkan Program Tadabbur Al-Quran untuk orang ramai bagi sesi Ogos 2022 Masihi, secara dalam talian.
Program Tadabbur Al-Quran tersebut akan diadakan bermula 14 Ogos 2022 selama enam minggu iaitu pada setiap Ahad, bermula 8.30 pagi hingga 10.00 pagi (1 jam 30 minit). Modul yang ditawarkan ialah modul Surah Al-Qiyamah dan Al-Insan.
Adapun tujuan program tersebut adalah khusus untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada Al-Quran melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar.
Ini juga selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik Al-Quran sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari link di "https://bit.ly/PTQC4L". Tarikh akhir pendaftaran adalah pada Sabtu, 23 Julai 2022, jam 4.30 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program tersebut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA melalui talian +673 8254374 ataupun melayari laman sesawang "www.unissa.edu.bn" atau menghantar e-mel ke "[email protected]".
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]