FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penutupan Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup Bermula 1 Julai


 


 June 23rd, 2022  |  12:16 PM  |   679 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berikutan keadaan jangkitan COVID-19 di negara ini terus berada dalam keadaan yang terkawal dan mengambil kira akan kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini adalah pada tahap yang tinggi di mana lebih 70 peratus daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam telah menerima tiga dos vaksin.

 

Manakala jumlah rakyat serta penduduk yang datang setiap hari untuk mendapatkan vaksin COVID-19 semakin berkurangan, maka Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup yang bertempat di Stadium Tertutup akan ditutup secara rasmi bermula pada Jumaat, 1 Julai 2022.

 

Berikutan dengan penutupan tersebut, pelaksanaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Daerah Brunei dan Muara akan diteruskan di beberapa buah pusat-pusat kesihatan.

 

Bermula pada 2 Julai 2022, vaksinasi COVID-19 boleh didapati di Pusat Kesihatan Berakas, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan pada waktu operasi iaitu pada setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan jam 1.45 petang hingga 4.00 petang.

 

Manakala Jumaat dan Ahad bermula jam 2.00 petang hingga 8.00 malam dan tidak dibuka pada hari kelepasan awam.

 

Sementara itu, bermula pada 4 Julai 2022, vaksinasi COVID-19 juga boleh didapati di Pusat Kesihatan Pengkalan Batu dan Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB), Kampung Sungai Asam pada waktu operasi iaitu pada setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.45 petang hingga 4.00 petang.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman 'web' Kementerian Kesihatan di 'www.moh.gov.bn', laman media sosial '@mohbrunei' atau melalui aplikasi BruHealth.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28