FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Institusi Agama, Bahasa Melayu Mainkan Peranan Secara Formal, Tidak Formal


 


 June 23rd, 2022  |  12:23 PM  |   664 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Institusi agama dan Bahasa Melayu memainkan peranan dalam dua cara, iaitu secara formal dan tidak formal.

 

Secara formal, Bahasa Melayu diajarkan di semua institusi agama di Negara Brunei Darussalam dan merupakan subjek wajib lulus, manakala tulisan Jawi juga merupakan subjek teras.

 

Bahasa Melayu juga disampaikan secara tidak formal melalui peraduan-peraduan yang dianjurkan, sama ada ceramah, forum dan khutbah.

 

Sementara dalam aspek budaya pula, budaya adalah penting untuk memberikan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam.

 

Perkara tersebut dibentangkan pada Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam Kali Ke-23 melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diadakan secara maya melalui penstriman platform Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan aplikasi Zoom, di sini.

 

Siri pembentangan menampilkan pemakalah dari Brunei, iaitu Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Kongres dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Mohd. Abdoh bin Haji Awang Damit.

 

Kongres mengupas dan menghuraikan mengenai aspek bahasa dan budaya dengan tajuk 'Institusi Agama dalam Perkembangan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu di Negara Brunei Darussalam'.

 

KABSBM dilayari oleh seramai 147 pelayar secara maya, terdiri daripada Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab; Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak; para pemakalah dari dalam dan luar negara; rakan-rakan strategik DBP; pegawai-pegawai kanan kerajaan; serta para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam serta luar negara.

 

Penyelenggaraan KABSBM dengan tema utama, 'Bahasa Jiwa Bangsa' ini turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP, iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD); Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); KUPU SB; Majlis Belia Brunei (MBB); ASTERAWANI Brunei; dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

 

KABSBM, antara lain berobjektif untuk menggabungkan pakar-pakar bahasa, sastera dan budaya di peringkat antarabangsa dan tanah air, dalam upaya untuk berkongsi pengetahuan, ilmu serta gagasan melalui dinamika pengetahuan, pengalaman dan tingkat kepakaran tertentu, yang dilaksanakan secara bersiri, mulai 16 Mac hingga 22 Jun 2022, dengan Pembentangan Kertas Kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Rabu.

 

Sebanyak 23 tiga makalah iringan, termasuk tiga makalah ucaptama dibentangkan oleh 23 pembentang sepanjang KABSBM berlangsung.

 

KABSBM melabuhkan tirainya dengan bacaan Resolusi, disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah DBP selaku Setiausaha KABSBM, Dayang Hajah Sariani.

 

Seterusnya, diikuti dengan Ucapan Penutup KABSBM oleh Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip yang menyatakan, bahawa penyampaian kongres melalui platform digital itu menjadi satu strategi yang berkesan, bagi mendekatkan lagi masyarakat dengan ilmu bahasa, sastera dan budaya Melayu.

 

Ke arah pemartabatan Bahasa Melayu yang menjadi jentera pada pembangunan tamadun bangsa, KABSBM juga menjadi satu kegiatan penyebaran ilmu, yang mampu mengukuhkan dan meningkatkan usaha mengenainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54