FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


5 Perusahaan Tempatan Terokai Peluang Pasaran Antarabangsa


 


 June 23rd, 2022  |  12:26 PM  |   410 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi meneroka peluang pasaran dan potensi perkongsian baharu, lima perusahaan Makanan dan Minuman (F&B) Brunei, baru-baru ini mempamerkan produk keluaran tempatan mereka, di Pameran Perdagangan ASEAN 2022.

 

Taurean Bakeshop & Cafe; Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd.; Volco Venture; Bruhouse Sdn. Bhd.; dan Mori Enterprise dipilih untuk mewakili Brunei, disokong oleh Darussalam Enterprise (DARe) dengan kerjasama Kedutaan Brunei di Republik Korea (ROK) serta penganjur pameran perdagangan, Pusat ASEAN-Korea (AKC).

 

Pameran tersebut berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX), di Ilsan dan diadakan sebagai sebahagian daripada Seoul Food & Hotel (SFH) 2022 - Pameran Perdagangan Industri F&B keempat terbesar di Asia, menampilkan lebih 1,000 peserta setiap tahun.

 

Selain berinteraksi bersama bakal rakan kongsi perniagaan dari petak gerai mereka, perusahaan-perusahaan Brunei juga mengadakan pertemuan langsung bersama bakal pelanggan untuk meneroka peluang eksport.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam (NBD) ke ROK, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Nooriyah binti Pengiran Lela Wijaya Pengiran Haji Yussof berkata, penyertaan Brunei adalah tepat pada masanya apabila aktiviti meningkat dalam landskap ekonomi pasca pandemik COVID-19.

 

''Pameran Perdagangan ASEAN tahun ini amat penting kerana ia adalah kali pertama sejak permulaan pandemik COVID-19 melanda, di mana para PKS dapat mengambil bahagian dan mendapat pandangan secara langsung mengenai pasaran ROK.

 

''Kedutaan NBD di Seoul akan terus bekerjasama rapat bersama AKC dan pihak berkepentingan lain, di ROK serta kerajaan dan agensi Brunei, termasuk DARe untuk menyediakan inisiatif yang lebih bermakna, bagi mengukuhkan kapasiti PKS 'kitani' ke arah kejayaan mereka menembusi pasaran ROK, pada masa hadapan,'' jelasnya.

 

Perusahaan-perusahaan yang mengambil bahagian, yang menerima tajaan daripada AKC, meliputi penghantaran produk, penginapan dan pendaftaran petak jualan berkata, acara tersebut memberikan respons yang berharga dan pengesahan pasaran untuk mereka sertakan ketika mereka ingin memenuhi aspirasi eksport mereka.

 

Pengeluar makanan dan suplemen semula jadi kesihatan, Bruhouse berkata, ekspo tersebut membantu memulakan kembali, pendedahan antarabangsa untuk produk mereka, yang disahkan halal, berikutan wabak COVID-19.

 

''Dengan menyertai pameran perdagangan ini, kami berharap dapat mencapai sasaran kami untuk mengeksport produk kami ke pasaran ROK.

 

''Kami dapat memahami dengan lebih baik, keperluan pengguna antarabangsa untuk kami menambah baik penjenamaan dan pembungkusan kami, serta menjadikan produk kami lebih berdaya saing dan boleh dipasarkan untuk pengedar serta pengimport antarabangsa,'' kata Pengurus Besar Bruhouse, Joseph E. Folloso.

 

Sementara itu, Mori Farm, yang menanam, memproses dan menghasilkan herba organik berkata, maklum balas yang diterima dari pameran mereka akan mempengaruhi pembangunan produk mereka untuk bergerak ke hadapan.

 

''Kami mampu mengorak langkah ke hadapan dan menguji sentimen pasaran di arena antarabangsa. Ia memberi kami pengalaman yang sangat berharga dalam memahami apa yang diharapkan dan bagaimana untuk menambah baik produk kami yang keluar dari Brunei untuk ke pasaran ROK,'' kata pengasas Mori Farm, Lim Jun Hong.

 

Sebagai sebahagian daripada misinya untuk membolehkan pertumbuhan perusahaan, DARe komited untuk membantu perniagaan tempatan berkembang melangkaui Brunei melalui inisiatif pembangunan dan bantuan, termasuk penyertaan strategik dalam ekspo antarabangsa.

 

Wakil Unit Akses Pasaran DARe, Dayang Nurul Hafezah binti Md. Faisal Al-Sufri, yang mengiringi delegasi perusahaan Brunei, berkata, para peserta akan terus menerima sokongan selepas acara tersebut, dalam perjalanan mereka ke arah pengeksportan.

 

"Kehadiran kami di acara Pameran Perdagangan ASEAN 2022, memberi kemudahan kepada perusahaan serta perundingan di antara vendor Brunei dan peserta pameran antarabangsa.

 

Adalah penting bagi kami untuk memaksimumkan peluang, seperti Pameran Perdagangan ASEAN, untuk mewujudkan perkongsian dan petunjuk yang berdaya maju dan serius. Ini, seterusnya akan membolehkan PKS Brunei bertapak di Asia," katanya.

 

Para perusahaan boleh mempelajari program dan peluang terkini yang ditawarkan oleh DARe melalui laman sesawangnya, 'www.dare.gov.bn' dan saluran media sosial Facebook dan Instagram, '@darussalamenterprise'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16