FacebookInstagramTwitterContact

 

Hot Peppers To Heart Attacks: The Deadly Consequences Of Extreme Capsaicin Breeding           >>           Revolutionary Test Uncovers Hidden Cause Of Miscarriage: Womb Lining Disorder Exposes Preventable Pregnancy Loss           >>           'I Got A Pineapple Tattoo And Was Horrified To Learn What It Meant'           >>           Debby Ryan's Birthday Tribute To Jeff Baena Perfectly Captures The Rollercoaster Of Grief           >>           Olivia Munn Addresses Aaron Rodgers' Family Rift In Rare Relationship Comments           >>           US Lawmakers Allege That Oneplus Phones Transmit Data To Chinese Servers Without User Consent           >>           Hundreds Of Brother Printer Models Have Security Flaw That Can't Be Patched           >>           Man City Vs Al Hilal: Storms Forecast For Club World Cup Round-Of-16 Clash           >>           USMNT Learning How To Fight Through Adversity At Gold Cup           >>           USMNT Keeper Saves 3 In Gold Cup Win Over Costa Rica           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke Arah Membina Masyarakat Berdaya Tahan


 


 June 23rd, 2022  |  12:41 PM  |   541 views

BERAKAS

 

Minggu Tindakan Iklim bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 dimulai dengan Sesi Dialog Bersama Belia (Youth Coffee Table Dialogue) yang membawa tema 'Youth on Climate Action'.

 

Seramai 30 wakil belia yang terdiri daripada tenaga pengajar dan penuntut hadir pada sesi yang diadakan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Dialog mengenai peranan belia pada tindakan iklim yang menampilkan Country Manager and Head of Environmental Solutions Brunei DHI Water and Environment (B) Sdn. Bhd., Dayang Liaw Jin Yi, yang juga selaku Presiden BruWILD sebagai moderator bagi perbincangan tersebut.

 

Ahli-ahli panel terdiri daripada Yang Dipertua Majlis Belia Brunei (MBB) dan Presiden bagi Green Brunei, Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari; Wakil belia dari Jerudong International School (JIS) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Growth Brunei, Zoe Chan Zhi Yi; Pegawai Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Awang Fakrurazi bin Haji Salleh dan Marine Biologist dan Setiausaha bagi Reef Check Brunei, Emily Yong.

 

Dialog berkenaan antara lain menyentuh mengenai cara bagaimana sesebuah negara boleh mengurangkan kesan perubahan iklim serta cara untuk membina masyarakat yang berdaya tahan terhadap ke arah perubahan tersebut.

 

Sementara itu, pada sebelah petang, Minggu Tindakan Iklim juga diisikan dengan satu bengkel Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Development Programme) yang membincangkan tentang 'Pemerkasaan Belia dalam Tindakan Iklim'.

 

Bengkel tersebut dimulakan dengan pengenalan mengenai Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam oleh Ketua Sekretariat Perubahan Iklim Brunei, Awang Ahmad Zaiemaddin bin Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi.

 

Bengkel diteruskan lagi dengan pembentangan mengenai 'Youth Empowerment in Climate Action Platform (YECAP) and Movers' yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pham Dinh Long dari Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Bengkel ini dianjurkan oleh MBB dan ASEAN Youth Advocate Network (AYAN).

 

Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil oleh tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Brunei MYCE 2022 bagi Minggu Tindakan Iklim.

 

Acara Brunei MYCE 2022 adalah dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Lembaga Pelancongan Brunei dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pihak berkepentingan dan agensi-agensi swasta.

 

Acara Brunei MYCE 2022 ini juga disokong penuh oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Selain itu, antara rakan-rakan kongsi lain yang juga mendukung acara Brunei MYCE 2022 ini adalah D'Sunlit Sdn. Bhd. selaku pengendali acara; Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST) sebagai rakan rasmi Telco serta beberapa rakan media rasmi iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sdn. Bhd.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Partially Lifts Ban On Japanese Seafood Imports

 2025-07-01 01:54:30

The Global Environmental Award Hit By Accusations Of Greenwashing

 2025-07-01 02:16:56