Home > Bahasa Melayu
COVID-19 : 72.2 Peratus Kanak-Kanak Terima 2 Dos Vaksin
June 23rd, 2022 | 12:44 PM | 654 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak 72.2 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin, setakat hari ini, 22 Jun 2022.
Sementara itu, sebanyak 72.5 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin.
Infografik yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 Negara Brunei Darussalam hari ini melaporkan, bahawa satu kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan satu kes di Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Manakala, sebanyak 505 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh kepada 154,392.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]