FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lafazkan Ikrar Dua Kalimah Syahadah


 


 June 24th, 2022  |  11:05 AM  |   609 views

TEMBURONG

 

Dengan melafazkan ikrar dua kalimah syahadah, sebuah keluarga berbangsa Iban dengan rela hati memilih dan mengakui Islam adalah sebaik-baik dan sebenar-benar agama sebagai pegangan hidup.

 

Satu Majlis Pengislaman sebuah keluarga seramai tujuh orang berbangsa Iban, berlangsung di rumah persendirian, di Rancangan Perumahan Teres Baru Rataie, Daerah Temburong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammed Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, seterusnya dua kalimah syahadah dilafazkan oleh Marlenny anak Jemat, 35 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Nurkhalishah Layana binti Abdullah Jemat.

 

Diikuti oleh adik lelaki beliau, Hendry Ipa anak Jemat, 26 tahun, memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Heidi Ashman bin Abdullah Jemat.

 

Seterusnya, anak-anak kepada Nurkhalishah Layana, iaitu Faterly Haqimi, 14 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Fattah Hakim bin Abdullah; dan Viviyen Ashley anak Victaro, 12 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Nurafifah Dalishah binti 'Abdul Malik.

 

Disusuli oleh Vincent Adden Buga anak Victaro, 8 tahun, dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Yusuf Inas bin 'Abdul Malik, seterusnya Mikael Arfin anak Victaro, 7 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Mikail Anas bin 'Abdul Malik, dan Alyssa Aurora, 3 bulan, dengan nama Islamnya sebagai Nurareesyah Ayuni binti Abdullah.

 

Majlis Pengislaman mereka disempurnakan oleh Pegawai Pengislaman, Unit Dakwah, Daerah Temburong.

 

Sejurus itu, majlis diserikan dengan Dikir Marhaban dan penyampaian cenderahati, disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pegawai dari Bahagian Pengembangan Da'wah (Pengislaman).

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Pengarah-pengarah KHEU; Pemangku Penolong Juruukur Agung, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan; serta Pemangku Kanan Rancangan Perumahan Negara Rataie.

 

Mengikut statistik keramaian orang yang memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2020 secara keseluruhannya ialah seramai 436 orang dan sepanjang tahun 2021 ialah seramai 356 orang, di mana sejak awal tahun 2022 hingga Mei 2022, seramai 120 orang memeluk agama Islam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28