Home > Breaking News
Bertukar Pandangan Mengenai Perkara Berkepentingan Bersama
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi mengada
June 24th, 2022 | 18:00 PM | 654 views
KIGALI, REPUBLIK RWANDA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat bagi mengadakan Kunjungan Muhibah bersama Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame, bertempat di Urugwiro Village (Presidential Office), Kigali.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Semasa majlis perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Rwanda bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.
Hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rwanda dijalinkan pada 9 Disember 2020.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]