FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Mengukuhkan Perpaduan Bagi Keselamatan Harmoni


 


 June 24th, 2022  |  18:08 PM  |   191 views

PHNOM PENH

 

Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-16 telah diadakan hari ini di Kementerian Pertahanan Nasional Kemboja, menandakan kali pertama Menteri-menteri Pertahanan ASEAN dan wakil-wakil pertahanan berkumpul secara fizikal setelah dua tahun mesyuarat diadakan secara dalam talian.

 

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, Tuan Yang Terutama Jeneral Samdech Pichey Sena Tea Banh.

 

Mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Dengan membawakan tema 'Perpaduan Untuk Keselamatan Harmoni', mesyuarat pada tahun ini memerhatikan tiga kertas konsep dan satu terma rujukan diterima pakai dan dua kertas perbincangan diambil maklum.

 

Mesyuarat ADMM berjaya menerima pakai Kenyataan Bersama bertajuk 'Visi Phnom Penh dalam Peranan Pertubuhan Pertahanan dalam Menyokong Pemulihan COVID-19' serta 'Deklarasi Bersama Menteri-menteri Pertahanan ASEAN dalam Kerjasama Pertahanan untuk Mengukuhkan Perpaduan Bagi Keselamatan Harmoni'.

 

Setelah selesai mesyuarat, Menteri-menteri Pertahanan ASEAN dan wakil-wakil pertahanan mengadakan kunjungan hormat bersama kepada Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen di Peace Palace.

 

Di samping Mesyuarat ADMM Ke-16, Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Pertahanan ASEAN dan Jepun telah dikendalikan dan dipengerusikan bersama oleh Tuan Yang Terutama Jeneral Samdech Pichey Sena Tea Banh dan Menteri Pertahanan Jepun, Tuan Yang Terutama Kishi Nobuo.

 

Ini diikuti dengan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Pertahanan ASEAN dan China secara dalam talian yang telah dipengerusikan bersama oleh Tuan Yang Terutama Jeneral Samdech Pichey Sena Tea Banh dan Menteri Pertahanan Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Jeneral Wei Fenghe.

 

Mesyuarat dua hala turut diadakan di antara Negara Brunei Darussalam bersama Kemboja dan Jepun.

 

Kemboja akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) Ke-9 dan ADMM Retreat pada bulan November 2022.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19