FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkongsi Usaha Kelestarian Alam Sekitar


ENAM orang pelajar dan dua orang guru pengawas mewakili Brunei Darussalam yang dibahagikan kepada dua pasukan menyertai program berkenaan.

 


 June 24th, 2022  |  18:13 PM  |   259 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat (EDGE) tahun ini sekali lagi menyelaras penyertaan pelajar dan guru di 9th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO-9) yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Singapura, Science Centre Singapura dan ASEAN+3 Center for the Gifted in Science (ACGS) dengan kerjasama NUS High School, Singapura, Society of International Gifted in Science (SIGS), Republik Korea dan ASEAN Secretariat.

 

Program yang diadakan secara dalam talian berlangsung selama empat hari mulai 20 hingga 23 Jun 2022, adalah bertemakan 'Building An Environmentally Sustainable Future'.

 

Seramai 84 pelajar dan 28 guru selaku guru pengawas terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN+3 iaitu Negara Brunei Darussalam (NBD), Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam, Republik Rakyat China, Republik Korea dan Sweden menyertai program berkenaan.

 

Dari jumlah itu, seramai enam orang pelajar dan dua orang guru pengawas mewakili NBD yang dibahagikan kepada dua pasukan.

 

Mereka terdiri dari Awang Muhammad Ilyas bin Haji Ilham Rohaidi; Dayang Allyshasha Rani bin Alymashrol; dan Dayang Maryam Safwa binti Mazini dari Sekolah Antarabangsa Jerudong bersama Guru Pengawas, Dayang Nurul Syazana binti Ismail dari Pusat Tingkatan Enam Belait bagi Pasukan Brunei A.

 

Manakala dari Sekolah Antarabangsa Brunei pula terdiri dari Dayang Batrisyia Haafizhah binti Kassim; Dayang Sofia binti Haji Mohamad Yani dan Dayang Syarah Rafeeqah binti Sharimin Hairul bersama Guru Pengawas, Awang Mohammad Raymie bin Haji Othman dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan mewakili Pasukan Brunei B.

 

Pada tahun ini, Pasukan Brunei A dan Pasukan Brunei B memenangi pingat gangsa dalam Cabaran Kemahiran Proses Sains (Science Process Skills Challenge).

 

Pasukan Brunei A juga berjaya merangkul pingat gangsa dalam 'The Sustainability Challenge'.

 

Bagi pembentangan secara langsung Projek Kumpulan Antara Disiplin (Interdisciplinary Group Project Live Presentation) pula, Dayang Allyshasha Rani dan Dayang Sofia memenangi pingat perak, manakala Dayang Syarah Rafeeqah pula mendapat pingat gangsa.

 

Melalui program tersebut, para pelajar berpeluang untuk menyertai beberapa aktiviti dan sesi seperti mendengarkan ucaptama daripada pembentang (speakers) yang dijemput; Cabaran Kemahiran Proses Sains; Bengkel Kelestarian STEM (STEM Sustainability Workshop); Lawatan Seorang Saintis (Visit-a-Scientist); Pembentangan Projek Kumpulan Antara Disiplin serta Majlis Penutup dan Pertukaran Budaya (Closing Ceremony and Cultural Exchange).

 

Para guru juga berpeluang untuk memupuk rangkaian dalam kalangan pendidik di rantau ASEAN+3 melalui perkongsian maya oleh sekolah-sekolah di Singapura mengenai usaha kelestarian serta berkongsi usaha kelestarian alam sekitar yang diungkayahkan oleh sekolah masing-masing.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16