FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'Carbon Market' Percepatkan Peralihan Sumber Tenaga Lebih Bersih


SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan.

 


 June 24th, 2022  |  18:16 PM  |   218 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua seminar tematik disusun pada sesi pagi, hari kedua untuk Minggu Tindakan Iklim sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 - Brunei MYCE 2022), bertempat di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (International Convention Centre - ICC), Berakas.

 

Sesi seminar pertama menampilkan Profesor Madya Dr. Abby Tan Chee Hong dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) selaku moderator bagi perbincangan mengenai 'Carbon Market'.

 

Turut hadir untuk memberikan ceramah bagi sesi perbincangan tersebut, Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP), Agnete Johnsgaard-Lewis; Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG Sdn. Bhd. (BLNG), Dayang Hajah Farida Dato Seri Paduka Haji Talib; dan Pensyarah UBD, Dr. Lutfi Abdul Razak.

 

Antara yang disentuh dalam sesi seminar tersebut, pengenalan mengenai 'Carbon Marktet', bertujuan untuk mempercepatkan peralihan pada sumber tenaga yang lebih bersih, terutamanya untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

 

'Carbon Market' merupakan satu idea yang menggunakan kredit karbon sebagai 'produk', dalam mekanisme pemasaran, di mana syarikat atau mana-mana individu boleh membelinya untuk mengimbangi jejak karbon mereka sendiri.

 

Semasa acara COP26, Negara Brunei Darussalam (NBD) mengisytiharkan cita-cita sifar bersihnya menjelang tahun 2050 dan memandangkan penetapan harga karbon juga merupakan salah satu daripada 10 Strategi Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim NBD (Brunei Darussalam National Climate Change Policy - BNCCP). Ini boleh menjadi sumbangan utama yang akan membantu NBD dalam mencapai cita-cita sifar bersih.

 

Walaupun penetapan harga karbon pada masa ini masih di peringkat awal, kedua-dua cukai karbon dan pasaran karbon dijangka akan bermula menjelang tahun 2025.

 

Sementara itu, sesi seminar kedua, yang bertajuk 'Electric Vehicles' menampilkan Ketua Unit Dasar Sosial dan Awam, Pusat Kajian Strategik dan Dasar (Centre for Strategic and Policy Studies - CSPS), Dr. Azrinah binti Haji Abdul Rahman selaku moderator.

 

Turut hadir untuk memberikan ceramah bagi sesi perbincangan tersebut, Pemangku Timbalan Setiausaha, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Mohd. Salihin bin Haji Aspar; Pengurus 'Technical dan Warranty', Boustead Sdn. Bhd., Brunei Automobile Traders Association (BATA), Tuan Ho Wei Kong; Dr. Supry bin Haji Ladi dari BATA; dan Ketua Bahagian 'Support Service', Berakas Power Company Sdn. Bhd. (BPC), Awang Haji Suharafadzil Haji Yusop.

 

Sesi seminar tersebut menekankan, bahawa terdapat kajian menunjukkan bahawa pelepasan gas rumah hijau yang dicampur dengan baik menyumbang pada pemanasan sebanyak 1.5°C dan salah satu sumbernya adalah daripada pengangkutan darat.

 

Minyak petrol dan diesel kekal sebagai bahan api utama, yang digunakan dalam Sektor Pengangkutan.

 

Selaras dengan Strategi Ke-3 dalam BNCCP, Jawatankuasa Bersama Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle Joint Task Force - EVJTF) ditubuhkan, dengan harapan dapat mengurangkan penggunaan bahan minyak dengan ketara, seterusnya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dari sektor ini.

 

Pada 25 Mac 2021, Projek Perintis Kenderaan Elektrik (EV) selama dua tahun berjaya dilancarkan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan EV supaya NBD boleh mencapai 60 peratus bahagian EV, dalam jumlah jualan tahunan menjelang tahun 2035.

 

Pada masa ini, NBD masih mendraf dasar-dasar dan peraturan-peraturan bagi EV, yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

 

Peralihan ke arah elektrifikasi kenderaan masih kekal sebagai laluan, yang boleh dilaksanakan untuk NBD bagi proses jangka panjang.

 

Sesi ini menekankan tentang kepentingan EV untuk iklim masa depan dan bagaimana NBD boleh komited menuju ke arah pengangkutan hijau untuk masa depan yang lebih baik.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12