FacebookInstagramTwitterContact

 

2 Suspek Penyeludupan Berjaya Diberkas           >>           Convocation Festival 2022           >>           Convocation Festival 2022           >>           Daily Status On The COVID-19 New Normal           >>           Daily Status On The COVID-19 New Normal           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Leadership Executive Programme           >>           Retired Officers And Staff Feted           >>           Hijrah New Year Celebration           >>           Doa Kesyukuran and Appreciation Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:46AM

Subuh

: 04:56AM

Syuruk

: 06:17AM

Doha

: 06:40AM

Zohor

: 12:26PM

Asar

: 03:43PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:46PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Induksi Tenaga Pengajar Baharu Labuh Tirai


TETAMU kehormat menyampaikan sijil kepada peserta.

 


 June 24th, 2022  |  18:20 PM  |   113 views

JERUDONG

 

Seramai 55 Peserta Program Induksi bagi Para Tenaga Pengajar Baharu menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup program tersebut, yang diadakan di Dewan Mezzanine, Hotel Parkview, di sini.

 

Program anjuran Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik itu berlangsung selama tiga hari, bermula 20 hingga 22 Jun 2022, melibatkan para tenaga pengajar yang baharu berkhidmat, khususnya di Kementerian Pendidikan.

 

Pemangku Pengarah Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, Dayang Masdiah binti Awang Haji Tuah berkata, program induksi itu bukanlah titik noktah bagi para tenaga pengajar untuk berhenti daripada menimba pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan perkongsian ilmu.

 

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu ini memberitahu, program berkenaan adalah sebagai dorongan semangat dan pemacu motivasi, selain memerlukan 'mindset' dan mentaliti yang progresif untuk meneroka hal ehwal semasa bidang pendidikan dengan lebih mendalam, khususnya dalam Bidang Pengajaran dan Pembelajaran.

 

 "Melalui sesi bengkel dan aktiviti berkumpulan yang telah dijalankan, para tenaga pengajar baharu telah mempelajari akan kepentingan 'teamwork', dalam mengendalikan tugas dan peranan bersama-sama rakan-rakan sekerja; pendedahan kepada nilai-nilai kepimpinan dan juga 'decision making'," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan, pada Majlis Penutup Program Induksi tersebut.

 

 Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada para peserta program serta penyampai taklimat dan fasilitator, disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin selaku tetamu kehormat majlis.

 

Terdahulu, dua orang wakil peserta program, iaitu Dayang Nur Asrina binti Idris; dan Dayang Nornadzirah binti Awang Marshidi menyampaikan ucapan, antara lain menerangkan mengenai pengalaman serta pengajaran yang mereka peroleh sepanjang program tersebut.

 

Sementara itu, Ikrar Guru beramai-ramai, dibacakan oleh para peserta program, diketuai oleh Awang Haji Khairul Anwar bin Haji Sahari.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Kluster; dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sabah Bersatu Wants To Contest Six Seats Won By Its Mps

 2022-08-11 10:59:59

China Says Taiwan Military Drills Are Over After Pelosi Visit

 2022-08-11 11:29:54

Australia’s Top Lender Loses Last Buy Rating On Cautious Outlook

 2022-08-11 11:59:10