Home > Bahasa Melayu
Majlis Khatam Al-Quran Sempena HUT ABDB Ke-61
PEMERINTAH ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-61 yang diadakan di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Bru
June 24th, 2022 | 18:25 PM | 256 views
MUARA
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB Ke-61 secara serentak, di semua Surau Kementerian Pertahanan dan ABDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
Turut hadir, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-pengarah Tentera, Komandan–komandan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai–pegawai serta Anggota ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Pemerintah ABDB, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta Khatam Al-Quran.
Acara diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban, penyampaian cenderhati kepada Peserta-peserta Khatam Al-Quran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]