Home > Bahasa Melayu
555 Kes Disahkan Sembuh
June 24th, 2022 | 18:29 PM |
197 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak 555 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh kepada 154,947.
Sementara itu, satu kes berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan dua kes di Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Manakala bagi program vaksinasi setakat 23 Jun 2022, sebanyak 72.6 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin. Sebanyak 48.8 peratus dalam lingkungan umur tersebut pula menerima tiga dos vaksin.
Sebanyak 72.5 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 7.3 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]