FacebookInstagramTwitterContact

 

20 Useful Medicinal Herbs To Plant In Your Home Garden           >>           Russia Previews Its Post-ISS Space Station           >>           Signal Says Third-Party Data Breach Exposed 1,900 Phone Numbers           >>           Saudi Billionaire Made $500 Million Russia Bet At War Onset           >>           Tourists Pouring Back Into Thailand Underpin Outperforming Baht           >>           Indian Billionaire’s Stock Holdings Worth Nearly $4 Billion In Focus After Death           >>           Credit Suisse Faces Fresh China Setback After Executive Exodus           >>           Singapore Workers Spurn Jobs That Don’t Offer Hybrid Work Option           >>           Ruth Ellis And Tragedy Of Little Boy Left Behind When UK's Last Woman Was Hanged           >>           Man, 48, Mistaken For Wife's Father Realises He First Met Her When She Was A Baby           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:47AM

Subuh

: 04:57AM

Syuruk

: 06:16AM

Doha

: 06:39AM

Zohor

: 12:26PM

Asar

: 03:41PM

Maghrib

: 06:33PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM Berangkat Tiba Di Kigali, Republik Rwanda


KEBERANGKATAN tiba Kebawah DYMM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali dijunjung oleh Minister of Foreign Affairs and International Cooperation, Republic of Rwanda, The Honourable Dr. Vincent Biruta

 


 June 24th, 2022  |  18:31 PM  |   182 views

KIGALI, REPUBLIK RWANDA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berangkat tiba di Kigali, Republik Rwanda bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2022.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM ialah Minister of Foreign Affairs and International Cooperation, Republic of Rwanda, The Honourable Dr. Vincent Biruta.

 

Juga hadir sama bagi menjunjung keberangkatan baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

 

Semasa keberangkatan di Kigali, Kebawah DYMM juga dijangka akan menghadiri Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame; dan Majlis Santap Malam yang akan dihoskan oleh His Royal Highness Prince Charles, the Prince of Wales.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) menjadi ahli Komanwel ke-49 apabila mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.

 

Sejak itu, NBD menyertai beberapa mesyuarat-mesyuarat CHOGM yang menyediakan landasan yang berguna untuk membincangkan isu-isu antarabangsa dan mempromosikan hubungan dua hala termasuk perkara-perkara dalam bidang pendidikan, kewangan, kesihatan, undang-undang, wanita dan belia.

 

Selain itu, NBD juga mendapat faedah daripada bantuan dan latihan yang disediakan oleh Komanwel seperti dalam bidang perdagangan, industri dan pembangunan sumber manusia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Shafie Retains Warisan Presidency Uncontested

 2022-08-16 12:18:36

Shanghai Covid: Ikea Shoppers Flee Attempt To Lock Down Store

 2022-08-16 11:47:04

Saudi Billionaire Made $500 Million Russia Bet At War Onset

 2022-08-16 15:08:04