Home > Bahasa Melayu
Pelancaran Kelas Bimbingan Al-Quran Dewasa
June 25th, 2022 | 16:34 PM | 297 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam memperkasakan lagi pembacaan kitab suci Al-Quran khususnya dalam kalangan orang dewasa, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar 'Ali Saifuddien, hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Kelas Bimbingan Al-Quran Dewasa bagi Pelajar Lelaki Masjid Omar 'Ali Saifuddien Sesi Tahun 2022, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran tersebut, Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Asminan bin Haji Chuchu.
Majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di ibu kota itu dimulakan dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Awang Mohd. Zul-Hafiz bin Haji Awang Tengah.
Sejurus selepas itu, majlis juga diteruskan dengan ucapan dari tenaga pengajar iaitu Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang.
Majlis yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan itu diteruskan dengan ucapan dan nasihat daripada tetamu kehormat majlis.
Selepas sahaja ucapan daripada tetamu kehormat, majlis tersebut diteruskan dengan penyampaian wakaf berupa Mushaf Al-Quran kepada kelas tersebut yang disempurnakan sendiri oleh tetamu kehormat majlis.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan seterusnya, pelajar-pelajar berserta dengan tetamu kehormat dan tenaga pengajar bergambar ramai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]