FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Daya Tahan Iklim Pertanian ASEAN


 


 June 25th, 2022  |  17:00 PM  |   193 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perubahan iklim dijangka akan memberi kesan impak luar biasa kepada negara-negara di Asia Tenggara di rantau ini, yang boleh mengancam kemakmuran serta kebajikan dan wilayah kita adalah salah satu yang paling terdedah kepada perubahan iklim secara global.

 

Pengurus Pusat ASEAN bagi Tenaga, Urusetia ASEAN, Dr. Beni Suryadi menggariskan mengenai perkara itu dalam ucaptamanya pada hari ketiga Minggu Tindakan Iklim - Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 - Brunei MYCE 2022) yang bertajuk 'Act Now for Resilient Future.'

 

Menurut beliau, berdasarkan Southeast Asia Climate Outlook 2021 Survey Report by the ISEAS - Institut Yusof Ishak di Singapura menyatakan banjir, kehilangan biodiversiti dan kenaikan paras laut adalah tiga kesan perubahan iklim teratas yang dirasakan di ASEAN.

 

Sementara Myanmar, Filipina, Thailand dan Viet Nam sudah pun menjadi antara 10 negara di seluruh dunia yang paling menderita dari segi kepada manusia dan juga harta benda yang terjejas akibat kejadian cuaca berkaitan iklim sejak 20 tahun lalu.

 

Di samping itu, beliau juga turut menekankan kepentingan untuk memandang ke hadapan, di mana negara-negara Asia Tenggara menghadapi prospek banjir yang semakin teruk, kejadian cuaca yang lebih ekstrem, dan kehilangan besar pada bahagian pinggir laut yang subur.

 

"Ini seterusnya akan memberi kesan kepada bekalan air kita dan pertanian, dan kenaikan paras laut juga mungkin membawa kesan yang ketara kepada ASEAN," jelas beliau lagi.

 

Bilamana kenaikan paras laut akan meningkatkan migrasi domestik, 'intra-regional' dan antara wilayah yang akan memburukkan lagi risiko sosial, ekonomi dan politik negara anggota.

 

Tambahnya, walaupun terdapat trend kerjasama teknikal serantau yang semakin meningkat untuk meningkatkan daya tahan iklim pertanian ASEAN, kehilangan kawasan pertanian rendah utama di negara berpenduduk tinggi dan sebahagiannya bergunung-ganang akan memberi kesan serius kepada pengeluaran makanan.

 

Begitu juga perikanan, mungkin mengalami perubahan negatif yang mendalam yang melibatkan risiko kepada keselamatan makanan di rantau ini.

 

Justeru, masalah untuk mengurangkan pengangguran juga mungkin menjadi lebih sukar kerana sebahagian besar penduduk ASEAN bekerja dalam bidang pertanian, perhutanan dan perikanan, yang semuanya terdedah kepada perubahan iklim.

 

"Perbandaran pesat di negara anggota ASEAN memperbesar kesan bahaya alam sekitar yang disebabkan oleh iklim ke atas pusat penduduk utama," ujarnya.

 

Dalam pada itu Dr. Beni Suryadi juga turut menyentuh mengenai beberapa isu lain seperti peningkatan pelepasan gas rumah hijau (GHG) global; Matlamat mitigasi ASEAN pada sifar bersih GHG; menggalakkan daya tahan tenaga melalui teknologi RE (Renewable Energy) baharu untuk menyokong keselamatan tenaga, akses dan kemampuan; Pelan Tindakan ASEAN untuk rangka tindakan serantau Kerjasama Tenaga (APAEC); dan kesan pandemik COVID-19 dan rancangan pemulihannya.

 

Brunei MYCE 2022 : Minggu Tindakan Iklim dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan sebagai rakan rasmi BRUNEI MYCE 2022 diadakan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi pagi ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Sejumlah dua seminar tematik telah disusun pada sesi pagi hari ketiga bagi Minggu Tindakan Iklim iaitu: tematik 5 "Climate Resilient Infrastructure" dan tematik 6 "Climate Resilient Crops."

 

Seminar tersebut dipengerusikan oleh Associate Professor Dr. Abby Tan dan Associate Professor Dr. Mohammad Mansoob Khan daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Pada sesi tersebut, ia menyentuh bagaimana kita boleh membangunkan infrastruktur yang sesuai dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim, di mana dengan kesan perubahan iklim yang semakin ketara, kebanyakan negara telah melengkapkan diri mereka untuk menghadapi sebarang kesan perubahan iklim yang akan berlaku.

 

Pembentangan bertajuk 'Sinergi Dalam Pengurangan Risiko Bencana & Penyesuaian Perubahan Iklim' disampaikan oleh Pengarah, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Kolonel (B) Muhd Harith Rashidi bin Haji Muhd Jamin.

 

Sementara itu, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Saliran dan Pembentungan, Jabatan Kerja Raya, Pengiran Azman bin Pengiran Badarudin, dan Dr Juliana binti Hj Zaina dari UBD masing-masing membentangkan kertas kerja bertajuk 'Bersediakah kita menghadapi banjir besar?' dan 'Infrastruktur Pintar Yang Cekap Untuk Kualiti Kehidupan yang Lebih Baik'.

 

Kepentingan mempunyai infrastruktur yang kurang terdedah kepada kesan perubahan iklim turut ditekankan pada Persidangan United Nation Development Program pada awal Mei, yang menekankan tentang kepentingan mempunyai infrastruktur bangunan yang kukuh dan kurang terdedah kepada kesan perubahan iklim.

 

Di samping itu, Sidang Kemuncak Bandar Sedunia yang diadakan pada Jun 2021 menekankan keperluan asas jangka panjang bagi bandar-bandar ke arah pembangunan yang mampan dan saksama bagi membina daya tahan dalam kalangan masyarakat, perniagaan dan kerajaan.

 

Pada tematik ke-6, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab menyampaikan 'Application of Technology and Innovation Towards Addressing the Challenges of Climate Change in the Crop Industry in Brunei Darussalam'.

 

Sementara, tajuk kedua iaitu 'Using Genomics To Improve Crop Plant Diversity & Resilience' disampaikan oleh Dr. Mohd Sabri bin Mohammad, manakala taklimat ketiga adalah berkaitan 'Agriculture & Food Security Under A Changing Climate' oleh Dr. Najeeb Ullah, juga dari UBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19