Home > Bahasa Melayu
Berangkat Ke Majlis Resepsi Rasmi, Santap Negara
June 25th, 2022 | 17:05 PM | 336 views
KIGALI, REPUBLIK RWANDA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame.
Majlis tersebut berlangsung di Pusat Persidangan Kigali.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Sejurus keberangkatan tiba di Pusat Persidangan Kigali, Kebawah DYMM dialu-alukan oleh Presiden Republik Rwanda, TYT Paul Kagame, dan Wanita Pertama Republik Rwanda, Puan Yang Terutama Jeanette Kagame.
Majlis Santap yang diserikan dengan persembahan kebudayaan itu, diadakan bagi meraikan kehadiran para pemimpin Komanwel yang akan menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 pada 24 dan 25 Jun 2022 di Kigali.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]