Home > Headline
Berangkat Balik Meninggalkan Kigali, Republik Rwanda
June 26th, 2022 | 13:53 PM | 567 views
KIGALI, REPUBLIK RWANDA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat balik meninggalkan Kigali, Republik Rwanda setelah selesai menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Minister of Foreign Affairs and International Cooperation, Republic of Rwanda, The Honourable Dr. Vincent Biruta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]