Home > Bahasa Melayu
Fahami Kaedah Penyembelihan Menurut Islam
June 26th, 2022 | 15:21 PM | 160 views
KUALA BELAIT
Seramai 60 orang daripada kalangan para Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Jemaah Masjid dari Daerah Belait mengikuti Bengkel Penyembelihan menurut Islam, yang diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam.
Bengkel tersebut disampaikan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan.
Bengkel bertujuan untuk memberikan kefahaman yang mendalam mengenai hukum-hukum dan kaedah penyembelihan menurut Islam, di samping memberikan peluang kepada para peserta bengkel untuk mengetahui secara dekat cara-cara penyembelihan.
Bengkel seumpama itu dihasrat dapat menarik minat orang ramai agar mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid.
Hadir menyempurnakan Penyampaian Sijil-sijil Penyertaan kepada para peserta, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait selaku Pengerusi Bersama Bengkel, Awang Akup bin Haji Lamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]