Home > Bahasa Melayu
Peserta Aktiviti Bahasa Arab SASHHB Diraikan
June 26th, 2022 | 15:22 PM | 195 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Unit Intervensi dan Ilmiah Bahasa Arab, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) mengadakan Majlis Takrim Penghargaan Guru-guru dan Pelajar-pelajar bagi Penyertaan Aktiviti-aktiviti Bahasa Arab SASHHB bagi Tahun 2021 - 2022 Masihi / 1442 - 1443 Hijrah, di Auditorium, sekolah berkenaan, di sini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, dipimpin oleh Awang Ahmad Dhabit bin Haji Abdul Lamit selaku Wakil Nadi / Kelab Bahasa Arab.
Acara diteruskan dengan Penyerahan Sijil dan Hadiah bagi Aktiviti-aktiviti Tahun 2021 - 2022M, disampaikan oleh Pemangku Pengetua SASHHB, iaitu Awang Haji Norhisyam bin Haji Md. Noor.
Seramai 20 pegawai dan guru selaku ahli jawatankuasa yang terlibat dalam Program Berkembar (pertukaran budaya) di antara Kesultanan Brunei dan Oman, Tahun 2021 - 2022M menerima hadiah penghargaan serta seramai 52 Pelajar dari Tahun 6 hingga Tahun 11 menerima hadiah penghargaan bagi penyertaan sebanyak sembilan jenis aktiviti Bahasa Arab, yang dijalankan dan dianjurkan pada tahun 2021 - 2022M.
Antaranya bagi Majmu'ah Nadi Bahasa Arab Contoh Tahun 2021; Mereka Cerita Bahasa Arab Menggunakan Emoji, 2021; Cabaran Membaca Berita Bahasa Arab; dan Pelajar Program Tau'amah, 2021 - 2022M.
Anugerah kemuncak pada majlis ini adalah Penyampaian Maj'muah / Kumpulan Nadi Bahasa Arab Terbaik, di mana pemenangnya disandang oleh Majmu'ah Al-Farahidiy.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]