Home > Bahasa Melayu
26 Pelajar Diploma Hadiri Kursus Menyelamat JBP
June 26th, 2022 | 15:28 PM | 146 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 26 Pelajar 'Diploma in Health Sciences Paramedic', Tahun 3, Pengambilan Ke-9, Sesi 2019-2022 menghadiri Kursus Menyelamat, yang dikendalikan oleh Unit Skuad Khas Cawangan Operasi 'C', Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
Antara aktiviti Kursus Menyelamat diajarkan adalah 'High angle Rescue', 'Water Rescue Activity' dan 'Jungle Rescue Activity', yang diadakan di Balai Bomba Rimba; dan di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar
Pegawai yang hadir, Pegawai Operasi, Pejabat Penolong Pengarah Operasi, ASFR Mohd. Harris bin Haji Mohd. Zaini; dan Stesen Komander Balai Bomba Rimba, Pmk. ASFR Haji Mohamad Nor bin Haji Ahad.
JBP ada menyediakan program-program, seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshall dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan Alat Pemadam Api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan JBP 995 dan memberikan maklumat tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]