Home > Bahasa Melayu
Syarikat WYWY Farm Usahakan Tanaman Durian, Kelapa
June 26th, 2022 | 15:32 PM | 706 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Syarikat WYWY Farm adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, yang dimiliki oleh Dayang Liew Tai Khiun dan mula bergiat pada tahun 2019.
Syarikat ini bertapak di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Merangking, Daerah Belait.
Perusahaan yang dijalankan oleh syarikat ini adalah tanaman buah-buahan dengan keluasan tapak 48.5 Hektar, dengan mengusahakan Projek Rintis bagi Tanaman Buah Durian dan Kelapa.
Pada masa ini, syarikat mempunyai seramai tujuh pekerja asing.
Hasil Pengeluaran Ladang pada Tahun 2020 hingga Tahun 2021, iaitu sayur sebanyak 1,286 kilogram (kg); buah sebanyak 92 kg; dan pelbagai tanaman 54 kg, pada Tahun 2020.
Manakala pada Tahun 2021 (Januari hingga November), sayur sebanyak 646kg; buah sebanyak 27,006 kg; dan pelbagai tanaman sebanyak 1,085 kg.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]