FacebookInstagramTwitterContact

 

Joint Operation           >>           Fuel Stations Temporary Closure           >>           Pitcher Plant Conservation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           SEAMEO Centres Policy Research Network Summit Closing Ceremony           >>           Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Parents Urge Him To 'Stay Strong' After New Video           >>           UNISSA Sinaut Campus Hari Raya Celebration           >>           Europe At Risk Of Dying Faces Big Decisions – Macron           >>           Harvey Weinstein's 2020 Rape Conviction Overturned In New York           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Rasmikan BGIC ISB Kali Ke-18


 


 June 26th, 2022  |  15:39 PM  |   446 views

BERAKAS

 

Perbahasan pada Persidangan Isu-isu Global Borneo Sekolah Antarabangsa Brunei (BGIC ISB) Kali Ke-18 tahun ini menumpukan terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Ke-3 (SDG3) iaitu 'Kesejahteraan dan Kesihatan Yang Baik (Good Health and Well Being), yang menyaksikan penglibatan seramai 300 perwakilan daripada 21 buah sekolah seluruh negara.

 

Persidangan tiga hari yang dihoskan oleh ISB dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) itu juga sebagai menyokong acara Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei MYCE 2022).

 

Berangkat merasmikan BGIC ISB yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman yang juga selaku Penaung Diraja BGIC ISB.

 

Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Pengetua Eksekutif ISB, Tony Macfadyen.

 

Dalam sembah alu-aluannya, Pengetua Eksekutif ISB antara lain menyembahkan bahawa ISB berbangga menjadi tuan rumah BGIC ISB untuk menggalakkan kerjasama pelbagai sektor yang bermakna dengan komuniti tempatan selain meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk manfaat kepada negara dan rakyat dalam pemulihan pasca pandemik.

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan penyampaian ucaptama berkaitan dengan tema persidangan, disampaikan oleh dua penceramah jemputan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC Sendirian Berhad, Dr. Peter Tay dan Pengasas The Impian Project serta Pengasas dan Pengarah Urusan Elfera Health & Nursing Care Sendirian Berhad (FERA Nursing), Dayang Lailatul Zubaidah binti Hussain.

 

Pada majlis tersebut, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan mengurniakan sabda dan seterusnya merasmikan BGIC ISB Ke-18.

 

YTM juga berkenan mengurniakan sijil penyertaan kepada para pelajar dan perwakilan daripada 21 buah sekolah yang menyertai persidangan serta pengurniaan sijil dan cenderamata kepada penceramah undangan, para penaja dan penyokong BGIC ISB Ke-18.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM juga dijunjung melawat petak pameran, antaranya Brunei Shell Petroleum Company Sdn. Bhd. dan Brunei LNG Sdn. Bhd. yang menyertai pameran sempena Brunei MYCE 2022.

 

Persidangan BGIC ISB merupakan persidangan model tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang dipimpin oleh pelajar di mana para peserta mewakili pelbagai negara, berkongsi pandangan mereka mengenai isu semasa dan dunia sebenar.

 

Inisiatif ini bertujuan memperluaskan pemahaman pelajar terhadap kewarganegaraan global dan meningkatkan kemahiran dalam penyelidikan, perundingan dan pengucapan awam (public speaking).

 

Penaja-penaja utama BGIC ISB Ke-18 terdiri daripada Brunei Shell Petroleum Company Sdn. Bhd., Brunei LNG Sdn. Bhd., Gleneagles JPMC Sdn. Bhd., Dynamik Technologies Sdn. Bhd., Bank Islam Brunei Darussalam, Butra HeidelbergCement Sdn. Bhd. dengan sokongan TLT Enterprise, Interhouse Company, Air Cat Logistics Sdn. Bhd., D'Sunlit Sdn. Bhd., Brunei Press Sdn. Bhd. dan Aewon Garment and Embroidery.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store

 2024-04-26 02:05:05