Home > Bahasa Melayu
Perhalusi Cara Betul Mengenai Wuduk, Tayamum
PEMANGKU Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
June 27th, 2022 | 13:13 PM | 367 views
TUTONG
Bengkel Wudhu dan Tayamum adalah termasuk dalam salah satu rancangan takmir Masjid Hassanal Bolkiah di bawah Unit Penyelia Pendidikan dan Kebudayaan Islam, sesuai dengan visi untuk menjadikan Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong sebagai pusat penataran ilmu bagi jemaah dan masyarakat di sekeliling masjid khususnya dan penduduk Daerah Tutong amnya.
Perkara itu dijelaskan oleh Imam Tingkat I, Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin semasa berucap pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Wudhu dan Tayamum yang berlangsung di masjid tersebut, pagi tadi.
Di samping itu, beliau juga menyentuh mengenai wuduk dan tayamum adalah merupakan syarat sah bagi melaksanakan solat.
"Wuduk yang tidak betul dan tidak sempurna akan menyebabkan solat menjadi tidak sah. Adapun tayamum penting untuk diketahui terutama ketika sakit atau ada anggota wuduk yang berbalut,"ujarnya.
Tambahnya lagi, adalah diharapkan para peserta dapat mengambil manfaat daripada bengkel yang diadakan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Antara lain tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberikan kefahaman dan tunjuk cara yang betul kepada para peserta tentang wuduk dan tayamum serta cara-cara berwuduk ketika sakit.
Bengkel berkenaan disertai lebih daripada 60 Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Muslimah dan para belia serta orang ramai.
Seramai lima tenaga pembengkel dari Pusat Dakwah Islamiah telah dijemput bagi bengkel berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]