FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Logo Baharu AKSE Bersatu Dilancarkan


SETIAUSAHA Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa melancarkan logo baharu AKSE Bersatu

 


 June 27th, 2022  |  13:18 PM  |   399 views

JERUDONG

 

Hampir 10 tahun penubuhannya, AKSE Bersatu terus mencerminkan semangat berpasukan hingga terciptanya logo baharu, yang dilancarkan pada majlis yang dikendalikan bersama AKSE Bersatu dengan kerjasama Syarikat HiTune Group Of Companies, yang berlangsung di The Starlodge Hotel, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, seterusnya melancarkan Logo Baharu AKSE Bersatu, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan Presiden AKSE Bersatu selaku Pengerusi Bersama Majlis, Awang Haji Fadillah bin Haji Samat, antara lain menyatakan, semangat berpasukan yang telah lama terwujud inilah akhirnya tercipta logo baharu sebagai identiti dan jenama yang lebih segar serta berdaya saing.

 

 ''Ia juga mencerminkan semangat berpasukan di dalam mendukung nilai-nilai perpaduan, dalam kalangan masyarakat kampung,'' tambahnya.

 

Acara diselajurkan juga dengan Memotong Kek sempena 10 Tahun Penubuhan AKSE Bersatu dan Penyampaian Cenderahati kepada mantan pemain, disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Antara objektif utama majlis adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara pemain-pemain lama atau legenda dengan pemain-pemain baharu, di samping mengenang jasa warga Purih Kampung Rangau / Kampung Setia, yang menjadi peneraju dan penggerak pasukan AKSE.

 

Sepanjang penubuhan AKSE sekitar tahun 1960-an dan penubuhan AKSE Bersatu, beberapa perancangan diatur dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

 

 Antaranya, menjalinkan kerjasama bersama organisasi-organisasi kebajikan, dalam usaha menyumbang kepada komuniti.

 

AKSE Bersatu juga merancang untuk mengadakan program pembangunan bola sepak (grassroot), khusus untuk penduduk Kampung Setia serta berusaha untuk mengatur langkah-langkah strategik di dalam menyokong pembangunan industri bola sepak tempatan.

 

Terlebih dahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa serta diakhiri dengan bergambar ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

 

Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Rosfazillah bin Haji Yuslu; dan Pemangku Ketua Kampung Zon 3, Kampung Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21